BENTUK KERJASAMA

Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional


Landskap Politik Malaysia sangat menarik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, adakah sahaja  perkembangan demi perkembangan yang mengejutkan rakyat Malaysia dan pemerhati dari luar negara.

Selepas diumumkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan mempunyai bilangan ahli parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan. Barisan Nasional mula mengorak langkah baru apabila membentuk kerjasama bersama Parti Islam Malaysia (PAS).

Pembentukan kerjasama ini dinamakan sebagai Muafakatan Nasional, aku melihat kesungguhan dari dua belah pihak dalam memperkasakan kerjasama tersebut, rundingan demi rundingan di adakan bagi mengemaskini hala tuju kerjasama tersebut.

Hasil dari kerjasama tersebut mula terserlah apabila BN mula memenangi PRK demi PRK yang diadakan, hasil pertolongan dari Jentera PAS.

Kemudian, konflik mula timbul dalam Pakatan Harapan sehingga Parti BERSATU keluar dari komponen tersebut, setelah Perdana Menteri ke-7 meletak jawatan secara tiba-tiba, pelbagai kisah dilaporkan setiap hari sehinggakan akhir calon untuk Perdana Menteri ke-8 dikenalpasti dan dilantik oleh YDPA.

Pentadbiran Pakatan Harapan runtuh setelah 22 bulan mentadbir, Malaysia mula ditadbir oleh komponen yang hakikatnya agak rapuh pada pandangan peribadi aku.

Kemudian tertubuh Perikatan Nasional yang turut disertai oleh Parti Islam Malaysia. Sejujurnya aku rasa janggal di atas kerjasama yang dibentuk oleh PAS. Namun mereka lebih mengetahui matlamat perjuangan mereka.

Medan ujian terbesar bagi PN pada aku ialah Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu, PN dan BN membentuk Gabungan Rakyat Sabah yang akhirnya mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri. Seorang Ketua Menteri dan 3 Timbalan Ketua Menteri dilantik bagi kabinet negeri pada kali ini.

Walaupun ketika ini, Malaysia dilihat sedang berdepan dengan gelombang baru penularan Covid19, itu bukan bererti PRU ke-15 tidak akan diadakan. Tambahan pula, Presiden PKR ketika ini mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri baru Malaysia.

Jika PRU ke-15 bakal diadakan, apa pilihan PAS?, memperkasakan MN atau PN?. Harus difahami bahawa BN bukan sebahagian dari PN yang diketuai oleh BERSATU.

Semestinya rakyat ingin mengetahui siapa yang bakal mereka pilih pada PRU yang berikutnya. Aku secara peribadi selaku pengundi yang sah, merasakan gusar untuk memilih Parti yang mana atau pemimpin yang mana. Asyik melompat sahaja keadaan ketika ini.

Adakah rakyat memilih bentuk kerjasama MN atau PN pada PRU ke-15 nanti?, atau kembali kepada PH?. Rakyat hanya ingin pemimpin yang boleh membantu mereka bukan menyusahkan mereka terutama ketika kesan PKP terdahulu masih terasa.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?