PELAKSANAAN PKPB

 PUTRAJAYA, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR


Ketika ini, difahamkan bahawa Malaysia sedang mengharungi gelombang ke-3 penularan Pandemik Covid19, sesungguhnya ia sesuatu yang sangat mendukacitakan kerana Malaysia ketika ini sedang berada dalam proses pemulihan ekonomi akibat kesan PKP yang dilaksanakan sebelum ini.

Hari demi hari, kita disajikan dengan angka jumlah jangkitan semakin meningkat sehingga mencapai angka 3 digit, di antara negeri yang sangat terkesan ialah Sabah dan Kedah.

Kemudian kita dikejutkan dengan arahan dari Majlis Keselamatan Negara bahawa Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula dari 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020.

Alasan di atas penguatkuasaan PKPB ini ialah bagi membendung penularan Covid19 yang dikatakan terjadi secara berselerak dan demi memastikan kesan penularan tidak bertambah kritikal, PKPB dilaksanakan.

Sekiranya ditanya pada aku berkenaan soal PKPB, adakah ia dilaksanakan?, berdasarkan data-data yang dilaporkan, risiko yang bakal dihadapi dalam tempoh jangka pendek atau panjang, sememangnya wajar PKPB dilaksanakan.

Aku rasa seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merupakan lokasi Pusat Nadi ekonomi negara, ia menjadi tumpuan atau fokus orang ramai dari negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, tindakan segera harus di ambi bagi memastikan tidak berlaku penularan yang lebih serius, setiap hari jika kita selidik jumlah aktiviti rentas negeri yang dilakukan melalui pelbagai jenis pengangkutan, pasti tidak terhitung.

Bayangkan ketika aku menaiki bas untuk waktu perjalanan petang, KL - Kota Bharu, kapasiti seat penumpang adalah penuh hanya untuk satu laluan perjalanan. Sekiranya seorang saja pembawa yang tiada simptom menaiki bas tersebut, seterus menjangkiti penumpang lain. Kesannya pasti bertambah teruk.

Walaupun berada dalam lingkungan PKPB, aktiviti ekonomi masih dibenarkan beroperasi, hanya mengekang dari segi aktiviti rentas daerah atau negeri.

Cuma diharapkan SOP sepanjang PKPB dipatuhi oleh semua pihak termasuk Menteri Persekutuan. Tiada aktiviti rentas negeri atau daerah dilakukan walau apapun alasan yang diberikan termasuk negatif hasil saringan covid19 sebelumnya.

Pada pemerhatian peribadi, ketika ini kita tidak dapat menjangkakan apa yang bakal terjadi pada minit berikutnya. Walaupun kita tidak berada di zon merah tidak mestinya kita tidak berisiko dijangkiti.

Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pada ketika ini masih menunjukan wujud penularan covid19, hanya berbeza dari jumlah kes yang dikesan setiap hari. Dalam waktu yang sama masih wujud stigma masyarakat yang dilihat memandang tidak kerius berhubungan soal penularan pandemik tersebut.

Seandainya data-data masih menunjukan peningkatan, tidak mustahil PKPB bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan disambung selepas 27 oktober nanti.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?