Mengapa Pegawai Penerangan?

Ketika aku masih bergelar pelajar universiti, telah terdetik persoalan di akal ini. Apakah jenis pekerjaan yang bakal berjaya diperolehi apabila menamatkan pengajian nanti. 

Semestinya, di antara alasan mengapa kita belajar adalah untuk mendapatkan pekerjaan yang diimpikan. Aku merupakan pelajar Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaya. Sepanjang tempoh pengajian, aku lebih fokus mempersiapkan diri bekerja sebagai seorang Pegawai Perhubungan Awam (PRO).

Abang aku juga merupakan pelajar Jabatan Pengajian Media. Beliau telah berjaya menjawat jawatan sebagai Pegawai Penerangan di Jabatan Penerangan Negara, di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Aku secara tidak langsung mula memahami tugas seorang pegawai penerangan jabatan atau kementerian. Tugas pegawai penerangan sebenarnya hampir sama dengan tugas pegawai perhubungan awam (PRO), hanya nama sahaja berbeza, pegawai penerangan lebih kepada sektor kerajaan manakala PRO di sektor swasta.

Bagi menjawat jawatan pegawai penerangan. Aku harus mengisi borang permohonan di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), jawatan pegawai penerangan pasti menjadi pilihan utama. 

Alhamdulillah aku pernah mendapat beberapa kali peluang temuduga bagi jawatan tersebut, namun sehingga sekarang, aku masih gagal dalam temuduga yang diadakan. Kadangkala aku terfikir, mengapa perlu diadakan temuduga jika belum tentu mereka yang terpilih menunjukan prestasi yang cemerlang.

Aku pernah menghadiri  2 kali sesi Program Assessment Centre (PAC) Pegawai Penerangan yang merupakan program menilai kemahiran berkomunikasi setiap calon. Alhamdulillah aku berjaya melepasi  setiap kali PAC diadakan namun apabila berada di sesi temuduga aku pasti kecewa. Kelemahan yang sangat besar pada aku.

Aku seorang suka memberi syarahan di hadapan orang ramai. Tidak kekok apabila di tanya bertubi-tubi dalam Majlis yang dihadiri ratusan orang tetapi gugup apabila berdepan dengan 2 -3 orang penemuduga. 

Sejujurnya aku sangat dukacita dengan kelemahan tersebut.

Hakikat untuk melepasi waktu 5 - 10 minit sesi temuduga sangat sukar pada aku, bahkan ketika ini ujian yang dikelolakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam semakin sukar berbanding 10 tahun ke belakang. 

Aku pernah menjalani proses ujian bertulis secara offline. Berkumpul di tempat yang ditetapkan, dari waktu pagi sehingga petang hanya untuk peperiksaan perkhidmatan awam.

Dari hanya peperiksaan, seterusnya diadakan PAC iaitu proses tapisan di mana calon-calon yang ingin terpilih untuk ditemuduga, harus menjalani proses saringan khusus selama satu hari. 

Pelbagai task diberikan pada sesi PAC tersebut. Usia aku kini semakin menghampiri angka 40, aku baru sahaja gagal dalam ujian saringan bagi jawatan pegawai penerangan, aku merasakan ia merupakan peluang terakhir aku dan ia disia-siakan oleh aku sendiri. 

Nampaknya cita-cita aku untuk menjadi menjadi pegawai penerangan tidak akan tercapai sampai bila-bila, walau apapun yang aku rasa, ia tidak mengubah apa yang telah berlaku. 

Kegagalan masih menghantui aku sehingga saat ini. Jujur aku sangat kecewa dan sedih apabila gagal merebut peluang yang ada didepan mata.

Tiada apa perlu dikenangkan kerana masa tetap berlaku pergi walaupun kita masih bersedih dengan apa yang terjadi, oleh itu better we move on dan cuba fokus pada apa yang ada dihadapan. 

Jika peluang masih ada tetap aku berharap satu masa nanti Allah SWT menunaikan hajat menjadi Pegawai Penerangan Malaysia.






Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,