Bekerja atau Belajar?.
Dari kecil aku telah diberi gambaran bahawa salah satu tanda seseorang itu berjaya dalam hidupnya adalah apabila berjaya dalam pelajaran, dari peringkat sekolah rendah, menengah hingga Universiti. Seseorang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti, pasti disanjung oleh keluarga dan masyarakat sekeliling. Adakah konsep itu masih relevan dengan situasi terkini negara?. Aku seorang lulusan Universiti tetapi aku secara peribadi melihat rakan-rakan yang lebih memilih bekerja berbanding belajar, lebih berjaya mencapai matlamat hidup mereka. Berbanding aku ketika ini. Disebabkan itu, aku lebih suka menyarankan generasi muda sekarang terutama lepasan SPM untuk memohon pekerjaan berbanding memohon melanjutkan pelajaran. Alasan aku mudah, setiap tahun, beribu graduan universiti menamatkan pengajian tetapi bukan semua pasti mendapat pekerjaan. Bukan semua berjaya mendapat kelulusan kelas pertama. Maka PTPTN harus di bayar selepas 6 bulan tamat pengajian. Disebabkan itu, aku sarankan ...