Menemani Ibu
Di antara rutin harian aku adalah menemani ma ketika waktu. Ia disebabkan ma mudah tercekik makanan ketika makan. Jadi aku yang akan menolong ma, kebiasaan aku akan menepuk belakang ma atau memberi air suam jika ma tercekik makanan.
Pendek kata, aku tidak boleh biarkan ma makan seorang diri. Harus ada yang menemani bagi mengelak perkara yang tidak diingini.
Kelmarin, ketika ma makan, tiba-tiba tercekik dan sukar untuk bernafas. Bagi mengatasinya, Aku terpaksa tepuk beberapa kali di bahagian belakang ma bagi mengurangkan kesan tercekik.
Alhamdulillah, ma dapat bernafas normal kembali. Ma berkongsi rasa pada aku, ma tidak mampu membayangkan bagaimana keadaannya jika aku tiada waktu ma tersedak ketika itu.
Disebabkan hal sebegini, aku menolak banyak tawaran kerja yang menarik. Disebabkan lokasi tawaran bekerja di Kuala Lumpur atau Putrajaya. Manakala tiada siapa yang boleh menemani ma jika aku terima tawaran kerja tersebut.
Aku percaya bahawa setiap seorang anak, mempunyai cara berbakti kepada ibubapa mereka yang berbeza. Malah mungkin diluar sana lebih hebat. Aku hanya mampu menjaga kesihatan ma dan pemakanan ma sahaja.
Cuma bagi anak-anak yang berkerjaya, luangkan masa untuk bertanya khabar keluarga di kampung. Ketika aku di Putrajaya, setiap hari aku menelefon ma dan setiap bulan aku akan balik Kelantan.
Aku berpegang kepada satu, bahawa sesibuk mana kita dengan urusan dunia, satu mana kita pasti ditinggalkan tetapi jika kita lupa pada keluarga, nescaya satu masa kita menyesal kerana keluarga telah meninggalkan kita buat selamanya.
Comments
Post a Comment