Bekerja atau Belajar?.

 Dari kecil aku telah diberi gambaran bahawa salah satu tanda seseorang itu berjaya dalam hidupnya adalah apabila berjaya dalam pelajaran, dari peringkat sekolah rendah, menengah hingga Universiti.

Seseorang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti, pasti disanjung oleh keluarga dan masyarakat sekeliling. Adakah konsep itu masih relevan dengan situasi terkini negara?.

Aku seorang lulusan Universiti tetapi aku secara peribadi melihat rakan-rakan yang lebih memilih bekerja berbanding belajar, lebih berjaya mencapai matlamat hidup mereka. Berbanding aku ketika ini.

Disebabkan itu, aku lebih suka menyarankan generasi muda sekarang terutama lepasan SPM untuk memohon pekerjaan berbanding memohon melanjutkan pelajaran.

Alasan aku mudah, setiap tahun, beribu graduan universiti menamatkan pengajian tetapi bukan semua pasti mendapat pekerjaan. Bukan semua berjaya mendapat kelulusan kelas pertama. Maka PTPTN harus di bayar selepas 6 bulan tamat pengajian.

Disebabkan itu, aku sarankan sepupu aku yang belajar di Matrikulasi untuk memohon kerja melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Alhamdulillah, ketika ini, sedang menjalani latihan amali di hospital di pantai timur sebelum bertugas secara rasmi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pak cik sanggup tolak tawaran melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, sebaliknya memilih untuk bekerja sebagai kakitangan awam. Begitu juga, kenalan aku yang sedang belajar di Universiti, sanggup berhenti setelah berjaya memohon menjadi penjawat awam.

Oleh itu, jika ada pilihan di antara peluang belajar atau bekerja. Baik pilih bekerja kerana percayalah ia pilihan yang terbaik kerana masuk Universiti atau IPT, belum tentu menjaminkan peluang pekerjaan di masa hadapan.

Semestinya pihak Kementerian seperti KPT memberi galakan untuk pelajar lepasan SPM melanjutkan pelajaran kerana sesebuah IPT tidak menerima pelajar yang mencukupi. Besar kemungkinan pengajian atau kelas pembelajaran tidak dapat dilaksanakan.

Is the suggestion for further education for future students or lecturers?. Pada aku, peluang sambung belajar ketika bekerja sangat banyak, oleh itu baik bekerja untuk beberapa tahun kemudian baru menyambung pengajian ke peringkat sepatutnya.

Aku ada seorang kenalan, bekerja sebagai pegawai kerajaan gred 29. Kemudian sambung belajar master dan PhD dengan wang sendiri. Akhirnya berjaya menjadi lecture dengan gred 52.

Oleh itu, sekali lagi aku tekankan jika ada peluang bekerja atau belajar pada waktu yang sama. Pilihlah untuk bekerja kerana kita tidak tahu adakah kita masih ada peluang di masa hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?