Harga Barang Naik
Secara rasmi barang keperluan seperti minyak masak, telur dan ayam mengalami kenaikan harga. Walaupun pada asas hanya 3 barang yang diumumkan kenaikan harga.
Bila aku buat tinjauan di pasaraya atau kedai runcit yang berdekatan. Aku dapati hampir semua barang keperluan naik harga. Sehinggakan aiskrim pun naik harga.
Paling menyakitkan hati ialah ketiadaan minyak masak bersubsidi 1KG, aku ingin merujuk kawasan Pekan Ketereh untuk menunjukan kesan kenaikan harga barangan keperluan.
Logik akal yang waras, rakyat masih boleh memilih jika ayam atau telur ayam naik harga mendadak di pasaran tempatan. Hanya minyak masak sahaja yang rakyat tiada pilihan kecuali harus membelinya walaupun terasa tidak berbaloi untuk membelinya.
Aku cuba mencari minyak masak peket di kawasan Pekan Ketereh ini, ia amat sukar diperolehi buat masa ini. Malah tidak keterlaluan untuk aku katakan mendapatkan bekalan bahan terlarang lebih mudah berbanding minyak masak peket.
Jika ada, pasti sekejap sahaja habis kerana diborong oleh peniaga makanan. Hal ini kerana penduduk pekan Ketereh, boleh dikatakan hampir 80% merupakan penduduk kumpulan B40, selebihnya M40 dan T20.
40% - 60% penduduknya menjalankan perniagaan makanan seperti masakan panas.Oleh itu, mereka memerlukan minyak masak yang banyak bagi memudahkan urusan perniagaan mereka.
Walaupun berniaga, itu bukan bererti mereka semua tergolong dalam kelompok M40, demografi penduduk di Pekan Ketereh berbeza.
Mereka mampu membuka warung atau kedai kopi walaupun hanya ada 1 atau 2 meja sahaja. Manakala pelanggan pula terdiri dari pelanggan yang sama setiap hari.
Oleh itu, kenaikan harga minyak masak, telur dan ayam. Sangat terasa kesannya terhadap penduduk Pekan Ketereh ini. Mengapa tidak naikan harga makanan?.
Jika mereka menaikkan harga makanan, besar kemungkinan mereka kehilangan pelanggan. Bagi laluan Ketereh ke Tanjung Pagar sahaja, lebih dari 10 kedai makan dibuka. Jadi menaikan harga bukan pilihan yang utama.
Oleh itu, pihak kerajaan harus meneliti perkara berhubung kenaikan harga barangan asas dengan mendalam. Aku setuju sampai bila kerajaan harus membayar subsidi tetapi harus melihat kepada lokaliti juga.
Berbaloikah peniaga kerepok di pasar malam untuk mengoreng keropok dengan minyak yang berharga RM40 bagi 5 kg?. Adakah VVVIP di Putrajaya, sedarkah tentang perkara ini?.
Bukan salah pembangkang jika mereka menggunakan isu kenaikan harga barang bagi menarik perhatian rakyat. Adab politik, guna sebagai peluang dan ruang yang ada.
Seorang rakyat dari kelompok B40, paling sedikit harus berbelanja RM10 sehari. Bagaimana seorang Menteri?. RM10 itu untuk membeli makanan asas buat keluarga, Menteri beli apa?.
Penduduk Pekan Ketereh dan sekitarnya masih ramai yang mempunyai pendapatan bawah RM1000 sebulan. Bila berlaku kenaikan harga barangan asas yang mempengaruhi kenaikan harga barangan lain. Bebanan mereka semakin terasa.
Aku masih belum melihat pihak kerajaan mengemukakan cadangan yang mapan bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang. Masih lagi sibuk bermesyuarat dan mesyuarat. Hakikat kapal semakin tenggelam.
Comments
Post a Comment