Premis Beroperasi Kembali?
Kelmarin, premis yang kawasan Pekan Ketereh telah serbu oleh pihak polis, premis tersebut disyaki menjalankan aktiviti urusan transaksi judi atas talian.
Ketika Serbuan yang dilakukan, ia berlaku depan mata aku. Terasa seperti menonton program 999. Setelah diserbu, aku fikir mungkin premis tersebut akan ditutup sementara waktu. Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali.
Pada hari berikutnya, aku melihat premis terbabit seperti telah beroperasi kembali. Aku benar-benar terkejut bila melihat situasi tersebut. Adakah mereka yang terlibat tidak takut dengan undang-undang atau kerana mereka ada wang?.
Aku faham, mereka yang terlibat berani meneruskan operasi disebabkan ada permintaan tinggi dikalangan penduduk tempatan yang menjadi pelanggan tetap mereka, semestinya 99% orang Melayu dan beragama Islam.
Bila melihat situasi ini semua, pada aku tidak guna berasa megah dengan kisah pahlawan dahulu kala, kisah hari ini dan esok belum tentu elok buat anak bangsa.
Aku hanya bercakap setelah melihat apa yang ada di depan mata, jika Pekan kecil ini mampu meraih keuntungan. Bagaimana jika di bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Jika premis yang sama terus di serbu oleh pihak berkuasa, aku percaya mereka akan terus beroperasi. Permintaan yang tinggi mungkin membuatkan segala risiko sanggup tidak ambil peduli.
Cuma kadangkala aku merasa pelik, gerak geri mereka yang menjalankan aktiviti di premis terbabit. Sebelum operasi dijalankan, mereka seperti telah mengetahui tentang apa yang bakal terjadi.
Adakah wujud petualang yang sanggup menggadai maruah demi wang ringgit?. Aku berani mengatakan semakin ramai dikalangan ahli masyarakat setempat yang terlibat dengan aktiviti judi atas talian.
Comments
Post a Comment