Family Sendiri

 Aku terpaku sendirian bila membaca laporan berita tentang seorang lelaki yang sanggup mengelar isteri dan anaknya yang baru lahir. Suspek di dapati negatif dadah, kejadian berlaku di Johor menurut laporan awani, sinar dan hmetro.

Kemudian, aku mengikuti laporan berita tentang anak menikam ibu kandung sendiri di Melaka seperti dilaporkan oleh Awani, Sinar dan Mhi.

Apa yang sedang berlaku sebenarnya?, jenayah bunuh sesama ahli keluarga seperti semakin kerap terjadi.

Di tambah lagi laporan berikut bharian dan mymetro. Suspek turut disyaki merupakan ahli keluarga mangsa. 

Aku faham kes bunuh sentiasa wujud dalam masyarakat Malaysia dari dahulu sehingga sekarang. Cuma bila pembunuhan melibatkan ahli keluarga sendiri, ia amat mendukacitakan.

Apabila ahli keluarga sendiri berisiko menjadi pembunuh dan kita berisiko menjadi mangsa. Pada siapa lagi kita boleh bergantung harap?. 

Jika kita selusuri kes-kes sebelum ini, telah banyak kes yang berlaku melibatkan ahli keluarga sendiri. Aku berfikir sendirian, adakah ia berpunca masalah mental?. 

Suami bunuh isteri, isteri bunuh suami atau anak bunuh ayah atau ibu kandung. Di antara kes-kes yang dicatatkan pernah terjadi dan tidak mustahil jika ia terus terjadi dalam masyarakat Malaysia.

Mungkin masyarakat tidak melihat perkara ini sesuatu yang perlu dibimbangkan tetapi pada aku, apabila ia kerap berlaku, ia harus diberi perhatian sewajarnya kerana setiap dari kita atau ahli keluarga berisiko melakukan sesuatu di luar kewarasan seperti laporan berita.

Jika kejadian yang terjadi disebabkan suspek mengalami masalah kesihatan Mental. Plan pemulihan harus dirangka oleh Kementerian yang sepatutnya.

Ketika ini, semakin ramai yang terlibat dengan masalah mental, terutama selepas dunia dilanda pandemik sehingga ramai yang hilang pekerjaan atau pendapatan.

Sebelum ini, kita bukan sahaja disajikan dengan laporan pembunuhan tetapi turut melibatkan kes bunuh diri dikalangan  rakyat Malaysia berdasarkan laporan berikut bharian, sinar dan kosmo.

Bila seorang anak sanggup membunuh ibunya sendiri, jelas menunjukan bahawa keadaan semakin serius dikalangan anggota masyarakat Malaysia. 

Jika dahulu, kita merasakan selamat berada di kalangan ahli keluarga sendiri tetapi adakah keadaan masih sama sehingga sekarang?.

Berdasarkan laporan, hampir kesemua kes yang berlaku adalah disebabkan suspek mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga menjejaskan kesihatan mental suspek.

Apa yang bakal berlaku pada masa hadapan jika kes sebegini terus wujud di dalam negara. Secara logiknya jika setiap pemasalahan menemui penyelesaian pasti tindakan yang tidak sepatutnya menjadi pilihan.







Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?