Sifat Amanah Hilang.
Perkataan Amanah dalam Islam boleh difahamkan membawa maksud sebagai menunaikan janji. Seorang Muslim sejati yang beramanah akan berusaha untuk menunaikan dasar, kod etika, undang-undang dan janji-janji yang diungkapkan.
Mereka yang melanggar amanah yang diberikan boleh dianggap sebagai orang kafir atau munafik. Aku melihat semakin ramai dikalangan kita iaitu Umat Islam itu sendiri yang hilang sifat amanah yang diterapkan selama ini.
Hakikat yang semakin dilupakan pada pemahaman aku, bahawa kita semua sebenarnya mempunyai amanah yang harus dilaksanakan, bermula semenjak kita lahir di atas dunia ini.
Di antara kita yang memikul amanah ini, ramai yang telah melanggar atau kehilangan sifat amanah dalam diri.
Berdasarkan laman web JHEAINS, Amanah itu berat, Islam amat mementingkan perkara-perkara amanah terutama dalam kehidupan seharian kita.
Namun, aku melihat ketika ini, manusia mula hilang sifat amanah tanpa rasa apa-apa. Walaupun tahu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada manusia itu sendiri.
Bermula dari lahir di atas dunia sehingga kita meninggal dunia, sentiasa ada amanah yang kita haruskan laksanakan. Tapi bukan semua mengerti atau memahami amanah yang dipegang.
Di antara manusia yang memikul amanah adalah pemimpin politik negara. Adakah masih wujud pemimpin yang bersifat amanah?. Mungkin sifat amanah hanya tinggal nama sahaja.
Aku hairan bila ramai yang ingin menjadi pemimpin walaupun tahu bahawa amanah seorang pemimpin itu sangat berat. Mengapa?.
Paling mendukacitakan jika mereka yang bekerja dengan amanah yang banyak, kemudian tidak melaksanakan amanah tersebut kerana terlibat dengan rasuah. Siapa yang rugi?.
Sepanjang aku hidup, aku telah menyaksikan ramai manusia yang semakin hilang sifat amanah dalam diri.
Amanah digadai, kuasa dan kemewahan yang dikejarkan. Bagaimana kesudahan nasib negara ini?.
Comments
Post a Comment