Apa itu OPR?

 Sejak kebelakangan ini, aku sering mendengar perkataan OPR yang sering dikaitkan dengan sektor pembankan dalam negara. Banyak laporan kenaikan nilai OPR: Sinar atau utusan.

Apakah itu OPR?, apakah hubungan OPR dengan sektor bank di Malaysia?. 

OPR secara umumnya di fahami sebagai Overnight Policy Rate, ia merupakan satu kadar yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas pinjaman dana bagi seluruh bank di Malaysia.

Namun, aku masih tidak faham terutama apakah peranan yang dimainkan oleh OPR?. Bila aku membaca info berkaitan dengan OPR, baru aku faham sedikit iaitu OPR berkaitan dengan pinjaman.

Apabila dilaporkan berlaku kenaikan OPR, pihak yang paling terkesan adalah mereka yang membuat pinjaman dengan pihak bank. Peminjam akan berada pada dua situasi iaitu tempoh pembayaran pinjaman di panjangkan atau kadar pembayaran semakin meningkat.

Aku tidak pasti adakah kenaikan OPR itu memberi kelebihan buat rakyat Malaysia atau sebaliknya atau bergantung kepada situasi semasa.

Cuma aku faham, bagi mereka yang membuat pinjaman perumahan atau kenderaan atau peribadi. Kenaikan OPR semestinya membawa kesan. Pada waktu yang sama, orang-ramai tidak disarankan melakukan sebarang pinjaman ketika nilai OPR terus meningkat.

Berdasarkan laporan bharian. Impak kenaikan OPR adalah orang mula menyimpan wang dan menyebabkan permintaan berkurangan berbanding penawaran.

Hal ini membolehkan kadar inflasi menurun.

Pada awalnya aku menjangkakan kenaikan OPR yang disebut-sebut merupakan perkara negatif terhadap kewangan negara. Rupanya sebaliknya jika tidak salah pemahaman aku.

Cuma ia bagi mereka yang mempunyai bayaran pinjaman bulanan mungkin terasa kesan dari kenaikan OPR negara.

Selagi setiap tindakan mampu menurunkan kadar inflasi negara, aku menyokong selagi terdaya. Aku bukan ahli Parlimen atau pemimpin NGO yang mampu mengusahakan gerakan untuk rakyat.

Adakah OPR terus meningkat?, adakah ia bakal memberi kesan negatif kepada sektor kewangan negara atau sebaliknya?. 

Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui apakah itu nilai OPR sama seperti aku. Cuma berharap ekonomi negara semakin pulih dan kerajaan terus membantu rakyat dalam proses pemulihan ekonomi.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?