Aidiladha 2022
Alhamdulillah, aku dan keluarga menyambut Hari Raya Haji dengan penuh kesederhanaan. Abang balik di saat akhir dan itu sangat mengembirakan ma, anak-anak ada di depan matanya.
Alhamdulillah, kami dapat merasa nasi minyak yang dimasak oleh mak saudara kami sebelah rumah, selain itu, kami dapat merasa nasi dagang yang di masak oleh mak sepupu ma.
Walaupun tiada yang datang beraya ke rumah pada tahun ini, aku tetap bersyukur dengan pelbagai rezeki yang Allah SWT kurniakan ke atas kami.
Alhamdulillah seperti biasa, walaupun kami tidak melakukan ibadah korban. Rezeki kami menerima daging korban dari jiran tetangga yang melakukan ibadah tersebut.
Manakala hari raya haji ke-2, kami menerima banyak jemputan beraya. Aku dan abang menjadi wakil keluarga kami beraya rumah besan mak sepupu kami, kemudian pak cik kami dan akhir sekali rumah mak saudara sebelah abah.
Hakikat sambutan hari raya haji di Kelantan masih sama seperti dahulu iaitu meriah. Sambil melapah daging lembu, jamuan makan keci-kecilan diadakan.
Kenduri aqiqah dibuat di banyak tempat sehinggakan aku mabuk melihat daging itu sendiri. Nikmat Allah SWT yang memberi kami kesempatan untuk beraya bersama.
Hari raya haji ke-3, abang dah harus balik ke KL semula, mak saudara dan mak sepupu kami tumpang abang ke KL sama. Hal ini disebabkan anak sulung mak saudara kami akan masuk hospital bagi pemeriksaan lanjut tahap kesihatannya.
Tempoh perjalanan yang biasa di ambil bagi Kelantan ke KL ialah 8 jam tetapi apabila musim perayaan, ia memakan masa sehingga 10 hingga 15 jam. Tempoh yang biasa bagi orang Kelantan sebenarnya.
Sempena Hari Raya Haji kali ini, salah seorang cousin aku turut terpilih menjadi tetamu Allah SWT untuk menunaikan ibadah Haji. Alhamdulillah nampaknya setiap peringkat ibadah yang dilaksanakan berjalan lancar.
Daging korban masih banyak, apa yang ma nak buat dengan daging korban tersebut?. Goreng?. Sesungguhnya aku tahu dan mengerti bahawa ada yang lebih layak menerima daging korban tersebut berbanding kami tetapi di pekan ini. Siapa lagi yang layak?.
Mencari golongan asnaf di Pekan ini mungkin sukar berbanding mencari golongan berkemampuan. Apapun setiap kali kami menerima daging korban. Aku mendoakan semoga Allah SWT menerima ibadah korban mereka yang memberi kepada kami. In sha Allah.
Comments
Post a Comment