Apa Itu Inflasi?

Aku bukan seorang yang pandai dalam hal ekonomi dan sangat tidak berminat untuk berbicara tentangnya tetapi apabila laporan demi laporan berkenaan ekonomi di siarkan. Ia harus diberi perhatian kerana ekonomi negara berhubung rapat dengan ekonomi setiap rakyat Malaysia.

Apabila menyentuh soal ekonomi, pasti menyentuh soal inflasi. Apa itu inflasi?, mengapa ia sangat mempengaruhi keadaan ekonomi sesebuah negara?.

Apa yang aku faham, inflasi merujuk kepada kenaikan harga barang tertentu dan servis dalam tempoh dari semasa ke semasa. Namun wujud dua situasi menyebabkan berlakunya inflasi iaitu inflasi tarikan permintaan, ia merujuk kepada permintaan melebihi penawaran terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia menyebabkan harga barang atau perkhidmatan naik dan berlakunya inflasi.

Kemudian inflasi kos atau harga yang merujuk kepada situasi peningkatan nilai kos yang dikeluarkan dalam penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan. Peningkatan nilai kos seterusnya mempengaruhi peningkatan nilai harga barang atau perkhidmatan di pasaran.

Di antara faktor yang menyebabkan berlaku inflasi kos atau harga ialah kadar upah pekerja yang menghasilkan produk atau perkhidmatan. Selain itu, ia turut dipengaruhi oleh peningkatan kos bahan mentah.

Apakah kesan kepada negara bila berlakunya inflasi?. Kita boleh merujuk situasi yang berlaku di negara Zimbabwe yang mengalami hiperinflasi. Berdasarkan pemahaman aku, di antara penyebab berlaku hiperinflasi apabila kos import lebih mahal berbanding eksport dan ia dipanggil perdagangan negatif, ia tidak sihat untuk ekonomi negara.

Paling ketara apabila berlaku inflasi ialah mata wang negara bakal kehilangan nilai. Sebagai contoh ketika Zimbabwe memperkenalkan mata wangnya sendiri pada tahun 1980, nilainya bersamaan 1:1 dengan dolar amerika, tetapi kini. Susah nak menyebut nilainya berbanding 1 dolar.

Oleh itu, setiap negara harus bijak mengawal nilai inflasi mereka termasuk Malaysia. Umumnya berdasarkan laporan utusan, bila kita mengetahui punca atau faktor yang mempengaruhi inflasi. Maka kita harus berusaha untuk mengawalnya.

Sebagai contoh harga ayam proses yang heboh dikatakan naik, jika kita selaku pengguna yang bijak, kita mampu mengawal agar penawaran kembali tinggi berbanding permintaan.

Seluruh rakyat Malaysia harus peka dan faham kepentingan kerajaan mengawal kadar inflasi negara kerana kesannya adalah jangka panjang pada ekonomi negara termasuk keyakinan pelabur asing.

Pastikan nilai inflasi tidak melepasi tahap yang membimbangkan demi masa depan generasi di masa hadapan.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?