Belajar Soal Politik Negara
AKU & DUNIA POLITIK MALAYSIA Politik merupakan salah satu topik yang sentiasa menarik untuk dibicarakan tanpa mengira masa dan tempat. Dalam budaya Melayu, warung atau kedai kopi menjadi tempat utama terjadinya perbincangan topik politik tanahair Mengikut Wikipedia , perkataan politik boleh didefinisikan sebagai proses atau cara untuk menghasilkan sesuatu keputusan bagi sesebuah kumpulan. Persoalan kerap ditimbulkan apabila berbicara soal politik iaitu "bagaimana politik" & "mengapa politik". Aku lahir dalam keluarga yang berpendapatan sederhana, walau tak kaya tetapi tidak juga merempat untuk mendapatkan sesuap nasi untuk anak-anak. Arwah abah, merupakan salah seorang penyokong tegar dalam dunia politik tanahair. Walau hanya sekadar penyokong tanpa sebarang jawatan. Semangat abah dalam politik sangat kuat, maka tidak hairan sekiranya setiap kali ada aktiviti politik, aku akan diangkut bersama kerana ma bekerja. Parti Semangat 46 atau S46 merup...