Klinik Penuh


Hari ini, aku plan bawa ibu untuk menjalani pemeriksaan lanjutan selepas peristiwa diserang demam panas sebelum ini. Peristiwa yang tidak disangka-sangka dan menimbulkan kebimbangan buat kami sekeluarga.

Keadaan ibu ketika ini, alhamdulillah semakin baik. Cuma bahagian betis sebelah kaki kiri masih mengalami komplikasi kerana masih berwarna merah dan bengkak. Ia menandakan bahawa kaki ibu masih mempunyai kuman sehingga membawa kepada demam panas.

Dengan ditemani salah seorang cousin. Pada awalnya, aku melihat keadaan klinik sedikit lenggang, maka aku daftarkan ma di kaunter. Tidak sampai 10 minit, keadaan klinik semakin sesak dengan ketibaan pesakit.

Keadaan itu membuatkan aku sedikit tidak selesa kerana waktu sekarang, Malaysia masih dalam tempoh PKPB dan kes COVid19 yang positif masih wujud. Apabila difikirkan mendalam, aku batalkan hasrat untuk mendapatkan ma rawatan susulan.

Rupanya hari ini merupakan hari pertama klinik terbabit mula beroperasi selepas Hari Raya Aidilfitri, maka tidak hairan sekiranya jumlah pesakit begitu ramai.

Plan seterusnya mencari makanan buat ma dan kami, kebiasaan untuk mendapatkan pilihan makanan yang pelbagai, kami akan ke pekan Kok Lanas. Namun kali ini, masih banyak kedai makanan belum dibuka.

Nasib baik, ada sebiji kedai yang sering dikunjungi oleh cousin aku, walaubagaimanapun pilihan juadah tidak banyak seperti biasa kerana pelanggan agak ramai hari ini - kata tauke kedai.

Nasi kerabu 3, nasi berlauk 1, itu pilihan yang dibuat beserta teh o ais 3 bungkus. Selesai membayar, kami terus pulang. Hari ini, umairah harus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan bagi jarinya yang terkepit pintu.

Di dapur, sekali lagi kami mengalami masalah bekalan air paip, pihak bertanggungjawab memaklumkan berlaku litar pintas di loji penapisan air mereka sehingga menjejaskan ribuan pelanggan mereka.

Sesungguhnya masalah air paip, membuatkan aku mudah kemurungan kerana memikirkan kepentingan ia kepada kami terutama ma yang dalam proses pemulihan.

Hari ini, di Kelantan. Kerajaan negeri telah memberi kebenaran untuk rakyatnya makan di gerai atau restoran tetapi harus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM.

Patuh atau tidak?, kita tunggu dan lihat dari segi jumlah pesakit positif. Adakah menaik atau menurun?.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?