Belajar Soal Politik Negara
AKU & DUNIA POLITIK MALAYSIA
Politik merupakan salah satu topik yang sentiasa menarik untuk dibicarakan tanpa mengira masa dan tempat. Dalam budaya Melayu, warung atau kedai kopi menjadi tempat utama terjadinya perbincangan topik politik tanahair
Mengikut Wikipedia, perkataan politik boleh didefinisikan sebagai proses atau cara untuk menghasilkan sesuatu keputusan bagi sesebuah kumpulan. Persoalan kerap ditimbulkan apabila berbicara soal politik iaitu "bagaimana politik" & "mengapa politik".
Aku lahir dalam keluarga yang berpendapatan sederhana, walau tak kaya tetapi tidak juga merempat untuk mendapatkan sesuap nasi untuk anak-anak. Arwah abah, merupakan salah seorang penyokong tegar dalam dunia politik tanahair.
Walau hanya sekadar penyokong tanpa sebarang jawatan. Semangat abah dalam politik sangat kuat, maka tidak hairan sekiranya setiap kali ada aktiviti politik, aku akan diangkut bersama kerana ma bekerja.
Parti Semangat 46 atau S46 merupakan parti dokongan abah, ketika aku mula memahami dunia politik, S46 bersama PAS telah membentuk sebuah kerjasama di panggil Angkatan Perpaduan Ummah.
Pelbagai aktiviti parti, aku menjadi ekor abah. Bendera S46 dan PAS bagaikan selimut buat aku, sentiasa ada dirumah. Setiap kali mesyuarat cawangan parti, pasti abah hadiri walaupun apapun keadaannya ketika itu.
Pertengahan tahun 90-an, satu moment sangat menyedihkan apabila Parti S46 dibubarkan atas nama ingin memperkuatkan Parti UMNO yang mengalami kepincangan dalaman ketika itu. Rasanya semua orang tahu siapa yang merayu pada Presiden S46 untuk membubarkan parti S46.
Orang yang sama memujuk presiden parti s46, kini mencuba untuk menghancurkan Parti yang cuba dipertahankan ketika itu. Keadaan ini sangat mengecewakan secara peribadi pada aku.
Abah seorang yang setia terhadap parti, bersama-sama Presiden S46, abah menyertai UMNO. Sekali lagi aku melihat semangat juang abah dalam politik. Aku melihat, semangat ahli parti yang tidak mementingkan balasan di atas keringat yang dicurahkan.
Ketika ada segelintir yang konon berjuang demi parti padahal atas kepentingan peribadi, abah terus memberi sokongan walaupun ada waktunya pemimpin parti mengecewakan dirinya sehingga mati.
Bayangkan pada satu ketika, abah demam, tubuhnya lemah. Situasi atau keadaan berubah sekelip mata apabila ada orang mengajak abah menyertai ahli yang lain menyambut kedatangan pemimpin parti di kota bharu.
Ma, seorang isteri yang setia, turut sama menyertai parti UMNO atas permintaan abah. Bersemangat seperti abah, walaupun tiada jawatan yang direbut, tiada jawatan ditawarkan. Abah & ma terus semangat memperkasakan parti.
Pendedahan demi pendedahan sebegini membuatkan aku memahami soal politik tanahair. Bahkan disaat akhir abah, membuatkan aku lebih memahami politik apabila melihat penghargaan yang diterima. MENGECEWAKAN.
Walaupun orang tengok aku buta ilmu dalam dunia politik, tetapi aku bukan seorang bodoh dalam dunia politik. Ramai yang sertai politik dengan niat serong. Bukan berjuang atas nama perjuangan, tetapi sebaliknya.
Oleh itu, apabila melihat kemelut demi kemelut yang dicipta oleh pemimpin politik itu sendiri. Aku sering tersenyum, menjadi mangsa biasanya penyokong seperti abah aku.
Bahkan arwah atuk sebelah abah, merupakan ahli UMNO yang setiap pada parti tanpa berbelah bagi, dari S46 sanggup bersama Presiden atas nama memperkasakan kepentingan orang Melayu.
Aku tidak belajar secara official dalam pendidikan politik tanahair, bahkan susur galur keturunan aku sendiri merupakan pejuang politik tanah melayu.
Aku kecewa apabila ada pemimpin yang sangat jelas inginkan kuasa walaupun sedar keadaan yang dihadapi oleh rakyat negara ini, hilang pekerjaan, hilang mata pencarian. Mungkin inilah sifat manusia yang sebenarnya iaitu mencintai dunia walaupun umur kian tua lebih dari usia bukit dan gunung ciptaan yang MAHA ESA.

Comments
Post a Comment