SOP DINE IN


Aku difahamkan bahawa kerajaan negeri Kelantan telah memberi kebenaran untuk  makan/dine in di kedai makan atau restoran dengan syarat setiap pelanggan harus mematuhi SOP ketika berada di premis. Persoalan yang mula dibangkitkan. Adakah SOP yang ditetapkan mampu diikuti sepenuhnya?, sekiranya kita amati, Kelantan mempunyai bilangan kedai makan yang banyak.

Keistimewaan di Kelantan, tidak perlu risau tentang gerai atau restoran kerana ia banyak di buka di kiri dan kanan bahu jalan. Sebagai contoh dari Pekan Ketereh sehingga Kota Bharu, lebih dari 10 buah gerai atau restoran yang dibuka, hanya menanti pelanggan singgah sahaja, cuma berbeza dari segi kapasiti pelanggan. Pak cik aku sendiri ada kedai makan yang bersaiz kecil, hanya menyediakan 3 meja untuk pelanggan, bagaimana untuk pak cik aku mengikuti SOP yang ditetapkan iaitu dari segi penjarakan?.

Kedai makan atau restoran kebiasaan berada di lokasi jalan utama, mudah untuk pihak berkuasa melakukan pemantauan SOP setiap masa, bagaimana pula di warung-warung kawasan kampung?. Semestinya SOP tinggal SOP, bukankah itu bakal mengundang jangkitan?. Pihak berkuasa mustahil dapat memantau keseluruhan warung di kawasan kampung. 

Cuba bayangkan owner kedai makan atau warung dijangkiti oleh anak yang berjaya menembusi larangan rentas negeri ketika musim perayaan. Kemudian owner kedai makan atau warung secara tidak sedar memulakan jaringan baru penularan pandemik COVid19?.

Ketika ini, setiap pemilik premis makanan harus menyediakan alat menyukat suhu dan buku kedatangan pelanggan ke premis terbabit. Aku perhatikan SOP tersebut sekadar tinggal SOP, 10 orang pelanggan belum tentu kesemuanya menyukat suhu badan dan mencatatkan nama di buku kedatangan.

Mungkin terlalu awal untuk menilai kesan dari kebenaran yang dikeluarkan. Aku merasakan tempoh 2-3 minggu berikutnya adalah tempoh yang sesuai untuk melihat perkembangan terkini di atas kebenaran yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri. Aku faham bahawa kebenaran dine in atau makan di kedai harus diberikan agar pemilik premis mendapat pulangan modal dan sedikit keuntungan dari perniagaan yang dijalankan pada waktu pandemik ini.

Bagi aku, walaupun data-data menunjukan kita kini menuju ke arah ZERO penularan kes pandemik COVid19. Namun itu bukan bererti kita harus mengambil jalan mudah di atas setiap langkah yang diambil kerana segala pilihan yang ada mempunyai risiko yang tersendiri.

Aku faham, bukan semua orang bersikap seperti aku yang lebih suka duduk rumah, ada yang sememang hobi melepak di kedai atau warung dari pagi sehingga malam seperti abang aku sendiri. Hanya tunggu dan lihat, bagaimana progress pematuhan SOP yang ditetapkan oleh pelanggan di warung/kedai makan/restoran.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?