AIDILFITRI PKP 2020
HARI RAYA AIDILFITRI PADA TAHUN INI SANGAT BERBEZA DARI TAHUN SEBELUMNYA.
Seminggu lagi, seluruh umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Syawal menanda telah berakhirnya Ramadhan yang belum tentu kita temui pada tahun hadapan. 1 Syawal seperti kita sedia maklum merupakan Hari Raya Aidilfitri, hari meraikan kejayaan kita menunaikan ibadah puasa selama sebulan.
Walaupun begitu, 1 Syawal kali ini sangat berbeza bukan hanya untuk aku tetapi buat semua Umat Islam di Malaysia khususnya, 1 Syawal jatuh dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Itu bermakna, tiada sebarang pergerakan pulang ke kampung dibenarkan atau bahasa lain ialah rentas negeri. Menjadi kebiasaan, apabila menjelangnya Hari Raya, boleh dikatakan hampir seluruh anak-anak perantau berasal dari Kelantan akan pulang.
Laluan Kuala Krai ke Kota Bharu, melalui Pekan Ketereh, kebiasaan menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan yang sangat ketara. Tahun ini mungkin berbeza, namun pada pemerhatian aku ketika ini seperti setiap hari bilangan kenderaan telah meningkat.
Dalam keluarga aku, semesti pak cik yang duduk di Klang, cousin yang duduk di Kajang & Puchong harus melupakan hasrat beraya di kampung pada tahun ini.
Siapa yang tidak sedih, aku sendiri yang sedia ada di kampung turut terasa kesedihan, walaubagaimanapun ini dinamakan pengorbanan demi memastikan tiada lagi kes positif terkena jangkitan COVid19.
Malah, solat sunat terawih yang sentiasa dilakukan setiap kali Ramadhan, harus dilaksanakan di rumah masing-masing. Sebagai Muslim, kita semua harus percaya bahawa setiap apa ujian yang menimpa pasti hikmahnya.
Pihak kerajaan hanya mengizinkan ziarah Hari Raya hanya dibenarkan pada 1 Syawal sahaja & itupun tidak boleh melebihi dari 20 orang sahaja.
Mak cik aku sendiri, mengenangkan anaknya yang tidak pulang beraya, hanya ingin buat juadah bihun goreng sahaja. Berbeza dengan ibu, inginkan ketupat, satay dan macam-macam lagi.
Ma kata walaupun Hari Raya Aidilfitri kali ini sangat berbeza, juadah raya harus juga disediakan agar terasa kosong hari raya nanti.
Mak cik aku sebelah abah, mungkin beraya berdua sahaja, kesemua anak-anak berada di Kuala Lumpur, lagi seorang mak cik aku, nasib baik ada abang & anak serta cucu tinggal bersamanya.
Cousin aku seorang lagi sebelah abah, mungkin terpaksa beraya seorang diri kerana tidak dapat pulang beraya bersama Family di Kuala Lumpur. Anak muda lain sibuk merantau, tetapi tidak sama cousin aku yang ini, pulang ke kampung untuk menjadi petani.
Dari sudut berbeza, keadaan ini mungkin menjimatkan iaitu tidak perlu menyediakan duit raya yang banyak untuk kanak-kanak kerana ramai yang tidak pulang beraya.
Atau adakah mungkin kerajaan berubah hati di saat akhir?. Kalau benar, memang beraya di Jalan Raya semuanya kerana bersesak pulang ke kampung di saat akhir. Segalanya tidak mustahil bukan?
Comments
Post a Comment