Kisah 2 Syawal
Apabila kita beraya dalam waktu PKP, masih tiada kebenaran yang diberikan untuk umat Islam berkunjung ke rumah sanak saudara atau sahabat handai pada Syawal ke-2.
Oleh itu, aku & family meneruskan aktiviti seperti biasa yang dilakukan sebelum Ramadhan iaitu aku akan menyediakan makanan buat keluarga.
Walaubagaimanapun, ada sahaja kelompok yang mencuba melanggar larangan yang ditetapkan, akhirnya rumah mereka menerima kunjungan tetamu yang tidak disangka iaitu pihak PDRM.
Apabila PDRM buat rondaan, terjumpa rumah yang mempunyai jumlah kenderaan yang banyak di hadapan rumah, pasti disinggahnya.
Menu sarapan pagi kami hari ini ialah roti tempayan yang berharga RM4 sebiji, nasi bungkus berlauk ayam RM2.50.
Selang beberapa minit kemudian, kami menerima nasi goreng semangkuk dari ibu saudara sebelah rumah.
2 Syawal, Umairah Amani iaitu anak cousin aku terkena musibah, tangannya tersepit pintu grail, nasib baik Abinya bergegas membawa Umairah ke bahagian kecemasan Klinik Kesihatan.
Tengahari, rezeki kami apabila sekali lagi mak cik berikan semangkuk lontong untuk kami makan, alhamdulillah rezeki selepas Ramadhan. Aku pula dah siap masak nasi dan panaskan lauk semalam.
Petang itu, balutan jari Umairah tercabut, darah keluar tidak henti-henti, naik risau pula aku melihat situasi ketika itu, nasib baik lepas waktu magrib, umairah dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Swasta berdekatan.
Menu makan malam pula, sekadar kuew teuw pemberian jiran sebelah rumah sebagai pengisi pinggan yang dihantar balik. Bolehlah mengalas perut ibu sebelum makan ubat.
Walaupun raya disambut namun suasana sangat kelam dengan anak-anak di perantauan yang tidak dapat pulang beraya serta tiada rumah terbuka.
Rezeki sang penjual makanan bila menjual makanan ketika orang memerlukannya, kedai makan semestinya belum dibuka apa lagi aktiviti harian yang lain.
Sedih tapi Aidilfitri tetap harus di raikan.
Comments
Post a Comment