DRAMA POLITIK MALAYSIA BERSAMBUNG

MENDAPAT SOKONGAN 129 AHLI PARLIMEN?


Minggu ini, aku melihat dunia politik tanahair kembali hangat diperkatakan apabila pihak penyokong pembangkang menyatakan bahawa blok pembangkang kini mempunyai bilangan ahli parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Benarkah dakwaan tersebut?. Ketika negara masih dalam keadaan berusaha untuk bangkit dari kesan Pandemik COVid19. Polemik yang ditimbulkan sedikit sebanyak dibimbangi menimbulkan ketidak keyakinan para pelabur untuk menanam modal, pada pendapat peribadi aku.

Ketika ini, data-data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukan jumlah pesakit yang positif semakin menuju ke arah sifar. Bagi aku, ia bukan jaminan tidak akan berlaku sebarang gelombang penularan baru pandemik yang sedang mengancam dunia ketika ini.

Melalui media sosial, dilaporkan bahawa pada persidangan Dewan Rakyat yang dijangka akan bersidang sekitar bulan julai nanti, pihak PH akan cuba membawa usul tidak percaya terhadap kepimpinan kerajaan sedia ada ketika ini.

Persoalan yang bermain di fikiran aku ialah adakah rakyat Malaysia bersedia menyaksikan episod seterusnya kisah politik tanahair?. Ketika ramai yang kehilangan pekerjaan, hilang sumber pendapatan. Seharusnya para pemimpin politik, memainkan peranan yang sepatutnya iaitu membantu rakyat yang dalam kesusahan ketika ini.

Aku bukan seorang cerdik pandai dalam bidang ekonomi atau kewangan, namun aku memahami bahawa untuk proses pemulihan dalam sektor ekonomi atau kewangan memerlukan masa yang lama.

Sektor swasta semestinya sangat terkesan ketika ini, bahkan dilaporkan ada organisasi yang terpaksa menghentikan operasi mereka atas nama mengurangkan kos, sekali gus berlaku pemberhentian pekerja. 

Aku harus akui Tun M merupakan seorang negarawan, bijaksana dalam pelbagai perkara termasuk percaturan politik. Semua orang juga mengetahui bahawa anak-anak Tun M berada dalam kategori mereka yang berjaya dan kaya-raya.

Adakah Tun M tidak boleh bersabar menanti PRU-15 yang tempoh matangnya semakin hampir?. Biarlah kerajaan ketika ini mentadbir dan membantu rakyat Malaysia dengan cara mereka.

Aku percaya rakyat Malaysia yang berjumlah dalam anggaran lebih 30 juta, bukan semuanya terlibat dengan dunia politik, mereka lebih fokus pada keluarga masing-masing. Fokus pada sumber mata pencarian mereka untuk memasti ahli keluarga tidak kelaparan.

Aku percaya rata-rata pemimpin politik, tanpa mengira blok, hidup dalam keadaan baik, tiada masalah kewangan, tiada masalah hutang seperti yang dihadapi oleh rakyat biasa.

Mungkin benar seperti yang didakwa bahawa PH kini mempunyai sokongan seramai 129 ahli parlimen. Di antara, kuasa dan rakyat, mana lebih berharga?. Berdosakah jika semua pihak bekerjasama membantu rakyat yang hidup tersempit?.

Adakah kuasa yang dimiliki mampu menjamin pemimpin masuk ke Syurga?. WHO sendiri menyatakan Pandemik COVid 19 mengambil masa lama untuk terkawal, vaksin ketika ini masih belum ada mana-mana negara mampu istihar mereka berjaya menciptanya.

Seandainya PRU-15 dipercepatkan, kosnya bukan sedikit, bukankah lebih baik digunakan sebagai modal untuk membina ekonomi negara kembali?.

Adakah rakyat hanya penting ketika PRU sahaja?. Aku berharap dan berdoa semoga Allah SWT melindungi kita semua, semoga Malaysia sentiasa aman dan sentosa.

Jangan difikirkan tentang pemimpin kerana ianya silih berganti, fikirkan tentang negara ini kerana ianya bakal kita warisi, adakah terus milik kita atau sebaliknya?.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?