BAZAR RAMADHAN 2020
KISAH BAZAR RAMADHAN 2020 DI PEKAN KETEREH, KELANTAN. BAZAR RAMADHAN ONLINE & OFFLINE
Apabila tibanya bulan Ramadhan, tempat yang wajib ada ialah Bazar Ramadhan. Tempat untuk rakyat Malaysia mendapatkan pelbagai juadah makanan untuk berbuka puasa.
Setiap kali Ramadhan, aku wajib berkunjung ke baazar selepas solat asar untuk membeli juadah yang kena dengan selera kami untuk dijadikan juadah untuk berbuka. Bahkan dalam satu-satu daerah, bukan hanya ada satu baazar sahaja, ada 2 - 3 baazar yang berlainan dalam daerah yang sama.
Cuma pada Ramadhan kali ini, situasi agak berbeza dengan keadaan dunia sedang berdepan Pandemik COVid19. Sebarang perhimpunan dilarang sama sekali termasuk jualan makanan di bazar ramadhan.
Rutin keluarga aku sedikit berbeza iaitu bagi juadah waktu berbuka, tugas abang untuk membelinya. Manakala tugasan aku untuk membeli lauk untuk bersahur serta minuman & kuih untuk berbuka.
Di Pekan Ketereh ketika ini, tiadak banyak kedai makanan yang dibuka atau menawarkan menu masakan yang pelbagai. Abang aku terpaksa mencari hingga ke Kadok atau Kok Lanas.
Memasak nasi untuk berbuka atau bersahur semestinya tugasan aku termasuk menghidangkan juadah yang dibeli. Bagi lauk bersahur, agak mudah kerana hanya 2 lauk sudah mencukupi bagi kami sekeluarga bersahur.
Di Pekan Ketereh, aku akan tumpu pada satu kedai sahaja kerana ia menawarkan pilihan lauk yang agak banyak. Manakala minuman pada satu kedai sahaja kerana untuk harga RM2, menawarkan air dalam plastik besar.
Tidak dinafikan, pasar malam atau pasar tani merupakan tempat sesetengah peniaga mencari rezeki. Apabila PKP dilaksanakan mereka hilang tempat berniaga. Aku perasan ada seorang peniaga ini, berusaha juga menjual minuman balang dalam van.
Pada mulanya dihadapan dataran Ketereh, seterusnya beralih kerana pihak PBT tidak izinkan, beralih lagi dengan alasan sama. Akhirnya peniaga itu nekad menyewa unit kedai kecil dihadapan rumah atuk aku untuk berniaga. Alhamdulillah aku tengok semakin ramai pelanggannya.
Demi memastikan rakyat mempunyai pilihan atau boleh berniaga, platform digital menjadi pilihan. Ramai peniaga atau pembeli menggunakan platform tersebut. Cousin aku salah seorang pembeli tegar dalam online.
Ada sahaja menu lauk yang dibeli melalui online. Aku sendiri tumpang sama membelinya. Manakala cas untuk penghantaran berlainan nilai dari RM3 sehingga RM10. Cuma aku sedikit kecewa apabila ada menu lauk yang dibeli melalui online, indah khabar dari rupa.
Kelmarin sahaja aku beli nasi sebungkus dengan harga hampir RM10 termasuk kos penghantaran, bila dirasa ketika berbuka puasa. Tidak mampu untuk aku telan.
Mungkin itulah rencah dalam hal jual-beli ketika bulan Ramadhan, cuma buat penjual harus benar-benar jujur dalam berniaga kerana plafrom online telah ramai menjadi jutawan jika betul caranya.
Mak cik aku siap merungut, gambar online nampak sedap, ayam nampak besar, apabila membelinya ayam kecil pula diberikannya.
Tinggal 14 hari menuju Syawal, kerajaan pula dalam menganalisa menamatkan atau meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Rasanya bagaimana kesudahannya?.

Comments
Post a Comment