Kluster Chengal
Ketika ini, kawasan Pekan Ketereh dikategorikan sebagai Zon Merah kerana termasuk dalam jajahan Kota Bharu. Pada waktu yang sama, wujudnya Kluster Chengal menyebabkan risiko ledakan penularan semakin tinggi dan membimbangkan. Sejak kluster chengal diumumkan secara rasmi oleh KKM. Pelbagai kisah tersebar di kalangan komuniti di sini. Namun kesahihannya tidak dapat dipastikan kerana berita yang disampaikan hanya dari mulut ke mulut. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh MOH , setakat 26 November 2020, seramai 15 orang disahkan positif hasil dari saringan yang dilakukan oleh pihak KKM. Aku percaya bahawa bilangan pesakit dibawah Kluster Chengal akan terus meningkat berdasarkan lokaliti dan sikap komuniti setempat yang sehingga sekarang masih tidak mematuhi peraturan SOP sepenuhnya terutama apabila berada di premis. Menjadi persoalan aku ialah radius penularan yang terhasil oleh Kluster Chengal . Komuniti di sini sedia maklum bahawa Kluster Chengal wujud dari Majlis Ke...