DOSA BERBAYAR
JUDI DALAM KOMUNITI
Aku percaya semua orang Islam mengetahui tentang dosa dan pahala, terutama di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Sentiasa ada aktiviti keagamaan di masjid atau surau yang disampaikan oleh ilmuan atau agamawan.
Persoalan bermain di minda aku yang juga seorang muslim yang sering melakukan dosa dalam sedar atau sebaliknya. Mengapa kelompok warga emas itu begitu leka bermain judi dan secara terangan tanpa rasa malu sedikit pun.
Adakah cukup banyakkah amalan mereka sehingga berani melakukan sesuatu yang jelas dan nyata berdosa. Namun aku tidak mampu menegur kerana tiada bukti nyata didepan mata sekadar hipotesis berdasar situasi semasa.
Masakan seorang pejudi tegar bermain perkara yang sia-sia tanpa niat untuk mendapatkan hasilnya?.
Bukankah janggal jika sebelum ini tidak pernah melihat muka, tiba-tiba ada dan bermain seperti telah lama berada di kawasan itu. Kebiasaan hanya satu meja sahaja, tiba-tiba muncul meja kedua. Janggal bukan?.
Benar, dosa itu ditanggung secara peribadi tetapi aib atau fitnah yang muncul, bagaimana pula ceritanya?. Contoh merujuk seorang tuan punya warung yang kecil sahaja. Tiba-tiba muncul para kaki judi tegar di warungnya tanpa dijemput, bermain judi daun, sejam dua dengan hanya order secawan teh 'o' kosong.
Tiba-tiba pihak PDRM bahagian perjudian sampai, tangkapan dilakukan termasuk tuan warung yang tidak mengetahui apa-apa. Apa pandangan masyarakat sekeliling?.
Jika tuan warung jenis 'ada-ada', mungkin tak pe, mampu dijamin oleh sang isteri, bagaimana pula jika sebaliknya?. Malu dapat, sengsara dapat kerana orang lain punya angkara.
Sememangnya bermain judi merupakan sesuatu bukan janggal di Malaysia tetapi janggal di negeri Cik Siti Wan Kembang. Aib yang tertutup belum habis dhitung, dikira pula aib yang terbuka, tanpa memikirkan soal keluarga apabila mendapat musibah dari mencari dosa.
Aku hanya mampu melihat, berdosa dan berkongsi dan laman ini. Ingin bersuara tidak mampu kerana perangai orang di sini lain macam. Baran-baran semuanya.
Semoga Allah SWT mengampun dosa ketidak mampuan aku mencegah kemungkaran.
Comments
Post a Comment