KETEREH VS KL
PENIAGA BEBAS BERNIAGA
Semua pihak mengetahui bahawa ketika ini, Menteri Wilayah Persekutuan merupakan ahli Parlimen Ketereh. Mungkin nampak janggal, kerana Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan mempunyai ahli Parlimen.
Ada sesuatu yang menarik perhatian aku merujuk tajuk berita akhbar sinar harian, aku tidak mengetahui kebenarannya, namun adakah wajar membabitkan warga Parlimen Ketereh dengan tindakan yang diambil oleh Menteri Wilayah Persekutuan?.
Aku selaku pengundi kawasan Parlimen Ketereh mengakui bahawa di sini, semua bebas berniaga di mana sahaja. Tanpa ada kawasan yang khusus, ini boleh dilihat sekiranya berkunjung ke Ketereh.
Boleh dikatakan selang 100 - 300 meter pasti ada warung atau kedai yang menjual makanan tanpa perlu bimbang tindakan dari pihak PBT. Namun itu bukan suatu yang membolehkan mana-mana pihak membandingkan dengan situasi tempat lain.
Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan merupakan pusat tumpuan rakyat Malaysia, ia turut menjadi tumpuan pelancong atau pelabur asing untuk menanam modal. Ia cukup memberi gambaran bahawa Ketereh amat jauh berbeza jika dibandingkan.
Cuma tidak salah sekiranya Menteri Wilayah ingin memulakan satu langkah baru, ketika rakyat terhimpir akibat pandemik ketika ini dengan memberi sedikit kelonggaran untuk mana-mana warga KL untuk berniaga secara kecil-kecilan.
Di Ketereh, walaupun nampak seperti bebas berniaga di mana sahaja, seandai tiada lesen perniagaan atau kebenaran dari PBT. Premis mereka akan disita mengikut peraturan sedia ada. Ia termasuk pengurusan bahan buangan.
Begitu juga keadaan yang ingin dilaksanakan di KL, boleh berniaga cuma harus sesuai lokasi dan mendapatkan kebenaran dari pihak DBKL, bukan buka sesuka hati. Cuma saya berharap, pihak DBKL lebih sistematik berbanding PBT di Ketereh kerana kita semua mengetahui kecekapan DBKL lebih baik dari PBT kawasan lain terutama PBT Ketereh.
Nilai pendapatan tahunan DBKL semestinya lebih tinggi dari PBT Ketereh, keadaan itu, sudah cukup untuk memberitahu mana-mana pihak bahawa DBKL more better, maka ia semesti boleh mengawal keadaan berhubung kebebasan berniaga oleh warga setempat.
Rakyat sedang berjuang demi kelangsungan hidup, maka seharusnya setiap ahli parlimen tanpa mengira pihak, bersama-sama menyumbang idea atau pandangan dalam memastikan kita sama-sama melepasi cabaran yang sangat getir ketika ini.
Jika syarikat gergasi tertumbang juga kerana pandemik, bagaimana pula nasib syarikat IKS. Oleh itu, semua peluang dan ruang harus dibangun dan dikongsi bersama demi masa depan kita dan generasi muda.
Tidak timbul isu Ketereh atau KL, kerana masing-masing ada perbezaan namun ada persamaan. Ia tidak harus ditimbulkan ketika harus fokus kepada perkara yang lebih penting.
Rujukan sumber lain: msn
Comments
Post a Comment