Rentas Negeri Balik Kelantan

 

Di antara perkara yang menarik pada minggu ini adalah Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan ke atas semua negeri  di semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan, ia berdasarkan jumlah kes yang tercatat ketika ini.

Difahamkan, PKPB bakal dilaksanakan selama 4 minggu iaitu bermula dari 9 November sehingga 6 Disember 2020. Penguatkuasaan ini dipilih agar dapat memastikan penularan Pandemik dapat diputuskan sepenuhnya seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, ada sesuatu yang tidak sedap didengari iaitu dilaporkan ribuan rakyat Malaysia akan memasuki Kelantan sebelum pelaksanaan PKPB

Melalui tinjauan pengkongsian di media sosial, berlaku peningkatan luar biasa jumlah kenderaan yang menghala ke Kelantan bermula kelmarin.

Manakala laporan lain menyatakan bahawa penjualan tiket bas ekspress ke Kelantan, meningkat berbanding waktu biasa. Ia dengan jelas menunjukan bahawa ramai penghuni ZON MERAH ingin pulang ke Kelantan.

Sekiranya pihak MKN Kelantan, tidak melaksanakan prosedur yang sepatutnya, aku secara khuatir dalam tempoh seminggu merujuk minggu pertama PKPB dilaksanakan, Kelantan akan mencatatkan kes penularan Pandemik yang luar biasa. 

Sekiranya ia benar-benar berlaku, tidak mustahil Kelantan akan termasuk dalam senarai negeri yang dikenakan PKPB dan bersambung sehingga tahun hadapan sekiranya kadar peningkatan melebihi dari jangkaan.

Dari sudut yang berbeza, kita harus ingat bahawa ketika ini, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan merupakan Jabatan yang paling banyak menghantar kakitangannya ke Sabah sebagai kakitangan sokongan membantu frontliner di sana.

Oleh itu, seandai terjadi sesuatu luar jangka seperti peningkatan kes positif pesakit, pasti wujud masalah kekurangan kakitangan untuk menangani perkara tersebut. 

Semestinya ia sangat merisaukan kerana kita mengetahui jika pesakit yang lewat mendapatkan rawatan yang sewajarnya akan menghadapi risiko kehilangan nyawa.

Sejujurnya saya suka jika anak perantau balik ke kampung halaman berjumpa ahli keluarga tetapi ketika situasi seperti sekarang, amat tidak digalakkan kerana bimbang merisiko orang yang tersayang. 

Pihak KKM sendiri menegaskan bahawa warga emas dan kelompok pesakit kronik merupakan golongan yang sangat mudah untuk terkena jangkitan pandemik tersebut.

Peristiwa yang terjadi di Jeli atau Machang, hakikatnya dapat dielakkan sekiranya anak perantau melakukan saringan sebelum pulang ke kampung halaman, saya percaya masih ada yang belum melakukan sebarang saringan. 

Pada waktu yang sama, penduduk setempat dilihat semakin alpa dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti memakai topeng muka ketika di kawasan orang ramai. 

Ingatlah bahawa ketika ini, pandemik tersebut bersifat tiada simptom dan mudah berubah menjadi mutasi Super Spreader. Kasihi insan tersayang dengan kekal di mana anda berada.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?