Judi dan Syirik
Hakikat kejadian manusia menurut logik sains merupakan makhluk paling pintar di atas muka bumi ini.
Namun adakah benar manusia itu paling pintar atau masih ada makhluk lain yang lebih pintar dari manusia?.
Bagi proses mengenali manusia, ia boleh dibezakan berdasarkan fizikal dan rohani individu tersebut iaitu merujuk perbezaan kaum, budaya dan agama.
Pelbagai budaya yang wujud dalam komuniti manusia, begitu juga agama. Cuma di antara agama atau fahaman rohani manusia yang paling popular ialah Islam, kristian, Budha dan Hindu.
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang berpegang kepada ajaran Islam, namun bangsa lain bebas mengamalkan fahaman agama masing-masing selagi tidak menyentuh Islam.
Proses asmilasi sentiasa berlaku di negara Malaysia sehingga pelbagai kaum wujud atau terbentuk.
Namun, Aku bukan ingin menyentuh budaya sesebuah kaum atau agama. Cuma ingin meluahkan rasa dan pandangan terhadap tingkah-laku tidak bermoral yang semakin serius dikalangan masyarakat Melayu.
Aku tinggal di Negeri Kelantan, sebuah negeri yang sering digelar negeri serambi Mekah kerana di Kelantan, banyak pondok-pondok moden dan tradisional dibina di sini dan melahirkan ribuan ahli agama dan ulamak.
Disebalik itu, ada sisi gelap yang mendukacitakan, walaupun hanya segelintir yang terlibat cukup membuatkan aku secara peribadi berasa malu.
Apa yang aku maksudkan ialah perbuatan berjudi dikalangan masyarakat setempat di kawasan aku. Bukan semua, hanya segelintir namun cukup memalukan. Mengapa?.
Disebabkan begitu taksub untuk kaya melalui jalan pintas iaitu JUDI, ada yang sanggup melakukan aktiviti khurafat semata-mata seperti melakukan pemujaan di kawasan rumpun buluh atau pusu.
Kebiasaan dalam kepercayaan masyarakat Melayu, kawasan rumpun buluh merupakan kawasan kediaman makhluk alam ghaib.
Tujuan ritual tersebut dilakukan adalah bagi mendapat bantuan makhluk alam ghaib dalam pelbagai niat, paling penting ia sudah cukup membuktikan mereka telah mensyirikkan Allah SWT.
Andai nyawa tercabut ketika ritual diadakan, sempatkah bertaubat?.
Boleh dikatakan kebanyakan individu yang melakukan aktiviti syirik ini bertujuan mendapatkan nombor ekor dari makhluk ghaib.
Aku merasa pelik, adakah makhluk alam ghaib ini mampu pergi masa depan sehingga mengetahui nombor yang naik mendapat hadiah utama yang semestinya wang ringgit.
Pandai makan maka harus pandai simpan rahsia aktiviti yang dilakukan, andai ditegur kelak yang menegur itu menjadi mangsa. Disebabkan itu, ma sering melarang aku sibuk soal aktiviti tidak bermoral walaupun berlaku didepan mata sendiri.
Paling menyedihkan apabila mereka yang berjaya mendapat habuan dari taruhan yang dilakukan, seolah tidak berasa berdosa walau sedikitpun.
Habuan yang diperolehi pula bukan sebanyak mana modal yang dilaburkan, fikirlah secar logik, adakah pengendali taruhan ingin rugi jika begitu mudah berjaya dalam taruhan.
Aku tidak mampu menegur secara bersemuka maka aku hanya mampu berdoa semoga Allah SWT memberi hidayah pada mereka yang terlibat.
Betapa manusia ingin kaya tanpa usaha sehingga sanggup mensyirikan Allah SWT. Andai MATI tidak sempat bertaubat alangkah malangnya hidup
Comments
Post a Comment