Operasi Samseng Jalanraya
Petang kelmarin, jika diikutkan sama seperti petang yang sebelumnya. Namun ada sedikit berbeza rupanya sehingga mengejutkan warga Pekan ini.
Pada awalnya, aku terfikir mungkin pihak berkuasa sedang melakukan operasi narkotik apabila melihat situasi berlaku sedikit kekecohan.
Sangkaan aku meleset sama sekali, operasi yang dilakukan adalah operasi lalu-lintas, ia melibatkan penguatkuasaan terhadap penunggang motorsikal serta kereta.
Difahamkan, pihak berkuasa berjaya menahan beberapa remaja yang lagak seperti samseng jalanan kerana tidak menghormati orang lain ketika menunggang motorsikal walaupun dilaluan jalan kampung.
Masalah utama yang berjaya di kesan oleh pihak berkuasa ialah para penunggang motorsikal tidak memiliki lesen dan menunggang di bawah umur.
Pada pendapat aku, kesalahan ini harus diletakkan di bawah ibubapa yang memenuhi kehendak anak-anak mereka untuk memiliki motorsikal. Akhirnya menyusahkan orang lain.
Apabila ditahan, baru nak menyesal, pihak berkuasa boleh mengenakan saman pada seorang pesalah dengan beberapa kesalahan.
Kesalahan yang biasa dikesan dikalangan pengguna jalan raya di kawasan ini ialah tidak memiliki lesen, motorsikal yang dinaiki tiada cukai jalan, tidak memakai helmet atau keadaan motorsikal yang tidak sesuai berada di atas jalan raya (ubah suai).
Saudara aku sendiri dikenakan 3 pertuduhan, walaupun sebelum ini, berulang-kali telah berpesan ketika menunggang motorsikal, harus mematui peraturan yang ditetapkan. Akhirnya sendiri menanggung akibatnya.
Nasib baik operasi tidak melibatkan AADK atau Unit Narkotik, aku berpendapat sekiranya ujian saringan turut dijalankan di kawasan ini ketika operasi tidak mustahil pihak berkuasa berjaya menangkap beberapa orang pesalah.
Kawasan ini, sememang terkenal dengan penglibatan generasi muda dengan bahan-bahan terlarang. Sebut sahaja pasti ada penggunanya.
Keadaan mulai tenang apabila memasuki waktu solat maghrib. Cuma petang kelmarin sememang rasa sangat tenang, bila tiada gerombolan kelompok bawah umur yang menunggang motorsikal sehingga membahayakan orang lain. Semoga pihak berkuasa terus melakukan operasi yang sama.
Comments
Post a Comment