Kisah Ustaz Dermawan

Malaysia ketika ini, dikatakan sedang berada dalam fasa gelombang ke-3 penularan Pandemik. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), keadaan ketika ini masih memerlukan kawalan yang menyeluruh oleh pihak berkuasa.

Mungkin disebabkan itu, pelbagai kaedah digunakan agar kerajaan dapat membendung penularan pandemik yang dilihat ketika ini masih ditahap membimbangkan berdasarkan jumlah kes pesakit yang dijangkiti.

Kita sedia maklum bahawa rakyat Malaysia turut terkesan dengan penularan Pandemik tersebut terutama dari sudut ekonomi. Ramai kehilangan pekerjaan sedangkan kos hidup semakin meningkat.

Keluhan demi keluhan dilaporkan. Alhamdulillah, ketika mengharapkan bantuan dari kerajaan yang mungkin memakan masa, Allah SWT hadirkan insan-insan yang istimewa untuk memberi bantuan yang diperlukan.

Tanpa sebarang prosedur yang terlalu birokrasi, bantuan terus disalurkan kepada rakyat yang memerlukan. 

Bayangkan seorang ustaz, sanggup menyewa kapal terbang pengangkut untuk membawa bahan bekalan makanan ke Sabah, bantuan diberi tanpa sebarang kepentingan peribadi.

Hamba Allah SWT ini, bukan pemimpin negara atau politik, hamba Allah SWT tiada sebarang kepentingan atau pulangan yang diperolehi di atas bantuan yang diberikan, namun terus memberi selagi berkemampuan.

Malah bukan hanya manusia diberikan sumbangan, kebajikan haiwan turut diberi perhatian sehinggakan sanggup menghantar bantuan makanan yang diperlukan oleh pihak Zoo Negara yang menghadapi masalah kewangan pengurusan ketika ini akibat tiada pelawat.

Jika diingati kembali, hamba Allah SWT yang seorang ini, di awal penularan lagi telah melakukan kerja-kerja amal yang pada pemerhatian aku, bukan semua Jutawan atau kelompok berharta mampu melakukan hal yang sama seperti beliau.

Bahkan penduduk di kawasan DUN yang wakil rakyatnya dapat durian runtuh turut dibantu tanpa mengeluh sedikit, semuanya dilakukan kerana Allah SWT.

Jika kita melihat biodata Hamba Allah SWT ini, bukan seorang yang lahir dalam keluarga yang berada, namun melakukan sesuatu kerana Allah SWT. Rezeki yang diperolehi, sentiasa dikongsikan dengan orang lain.

Perkongsian lain berkenaan hamba Allah SWT yang diperkatakan ini adalah seperti berikut: mywilayah atau zine

Sesungguhnya Allah SWT Maha pengatur segalanya termasuk mengutus seorang hambanya membantu ketika kita dalam kesusahan.

Bahkan ketika Selangor mengalami krisis bekalan air paip, hamba Allah SWT turut memberi bantuan dengan membekalkan air ke kawasan yang memerlukan. 

Paling penting, bantuan yang diberikan tiada kepentingan atau pulangan peribadi kepadanya.

Paling menyentuh hati apabila bantuan turut disalurkan kepada Penjara Malaysia yang turut terkesan dengan penularan pandemik yang sedang menular. Berdasarkan laporan MG atau Siakap Keli .

Diharapkan lebih ramai lagi hamba Allah SWT melakukan kerja-kerja amal tanpa meminta balasan terutama kerja-kerja amal yang memerlukan bantuan kewangan. 

Sesungguhnya mana-mana negara sekali pun, apabila bercakap soal pemulihan ekonomi atau masyarakat, pasti memerlukan modal kewangan dan bukan semua mampu.

Semoga Allah SWT murahkan rezeki Ustaz agar dapat terus menyumbang buat seluruh rakyat Malaysia, di mana jua.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?