ISU "TAKUT MATI"

 PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT


Di antara peristiwa yang menarik perhatian aku berhubung persidangan dewan rakyat pada kali ini ialah perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bintulu yang menyentuh soal "turun padang" oleh Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Difahamkan ketika ini, ahli Dewan Rakyat sedang membahaskan belanjawan 2021 yang telah dibentangkan pada Jumaat yang lalu oleh Menteri Kewangan. Difahamkan belanjawan pada melibatkan peruntukan yang sangat besar berbanding dari sebelumnya. Semestinya atau seharusnya, pelbagai perkara yang berkaitan boleh disentuh oleh ahli mesyuarat dewan rakyat, terutama bagaimana memastikan rakyat di kawasan masing-masing menikmati belanjawan kali ini.

Pada aku, adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak cuba membangkitkan sebarang isu yang seolah-olah menunjukan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak melaksanakan tugas yang hakiki. Kita semua harus sedar bahawa hampir kesemua kakitangan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bertugas sejak 18 march yang lalu sehingga sekarang.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan di antara individu yang paling berat bebanan tugasnya bagi memastikan rakyat Malaysia selamat atau terhindar dari jangkitan Pandemik yang kini meragut jutaan nyawa.

Seharusnya semua ahli politik memberi sokongan sepenuhnya bagi setiap perancangan yang dijalankan oleh pihak KKM atau MKN. Terutama ketika negara sedang menghadapi gelombang ke-3 penularan pandemik.

Rakyat memerlukan bantuan yang tidak mampu diberikan oleh pihak KKM dari segi keperluan harian, bantuan kewangan serta peluang pekerjaan dan itu semuanya di bawah tanggungjawab ahli politik atau ahli parlimen.

Pada aku, tidak timbul isu "takut mati", sekiranya seseorang itu "takut mati", untuk apa bekerja siap dan malam, setiap hari untuk memikirkan strategik dalam mengawal penularan yang kini memasuki gelombang ke-3.

Penjawat awam mempunyai waktu yang limit berbanding ahli politik, apabila mencapai umur 60 tahun maka bersaralah seorang penjawat awam. Manakala seorang ahli politik sentiasa ingin berkuasa walaupun usia hampir 100 tahun.

Maka jika ada sebarang kekurangan, jangan dilihat pada penjawat awam mengapa terjadi kekurangan tersebut tetapi lihatlah pada diri seorang pemimpin, seorang adun atau seorang ahli parlimen. Adakah telah memenuhi segala keperluan rakyat ketika dalam krisis seperti sekarang?.

Oleh itu, diharapkan semua ahli parlimen fokus kepada intipati pembahasan berkenaan dengan belanjawan 2021, adakah benar-benar memenuhi kehendak rakyat atau sebaliknya?. Jangan sampai rakyat mual dengan drama-drama politik yang disajikan kepada mereka.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?