POLITIK ORANG MELAYU
ANDAI MASIH ADA
Setiap dari kita mesti pernah belajar tentang sejarah berkaitan tanahair ini. Sejarah bagaimana wujud penentangan pejuang-pejuang di tanah melayu terhadap penjajah yang sekian lama memungut hasil bumi yang tercinta ini.
Namun pernah kita fikirkan perasaan mereka seandainya mereka ada ketika ini?, bagaimana bangsa yang mereka perjuangkan sehingga mengorbankan segalanya kita berpecah-belah demi kuasa yang semestinya tidak akan kekal sampai bila-bila.
Adakah Ratu Elizabeth akan memenuhi tuntutan kita berhubung kemerdekaan sekiranya kita hidup berpuak-puak dengan pelbagai parti politik?. Aku merasakan pasti Tunku Abdul Rahman merasa malu jika keadaan sekarang terjadi pada waktu itu?.
Aku menyentuh hal berkaitan sejarah adalah kerana ia adalah asas kepada sebuah perjuangan atau penubuhan awal parti politik yang memulakan perjuangan demi anak melayu. Adakah anak-anak generasi sekarang tidak mengetahui bagaimana keadaan kita sebelum penubuhan parti berteras kaum?.
Adakah kita lupa soal mengapa pihak penjajah ingin melaksanakan dasar pecah dan perintah sebelum tertubuhnya parti orang melayu?. Oleh kerana satu demi satu tindakan yang dilaksanakan oleh pihak penjajah maka bangsa melayu mula bersatu padu seterusnya tertubuhnya parti UMNO.
Apabila British memperkenalkan Malayan Union pada 1 April 1946, dasar-dasar yang wujud di dalam Malayan Union sangat tidak boleh diterima. Disebabkan itu pada 11 Mei 1946 UMNO ditubuhkan bagi membuktikan bahawa kita, bangsa Melayu adalah bangsa yang bersatu padu.
Cuba kita bayangkan sekiranya Malayan Union di teruskan dan UMNO tidak ditubuhkan, bagaimanakah agaknya keadaan kita sekarang?. Adakah lebih baik?, atau sebaliknya?.
Secara ringkasnya, aku amat berharap agar bangsa Melayu harus terus berusaha bersatu padu walaupun wujud perbezaan, biarlah kebezaan itu memberikan kebaikan berbanding kedukaan. Memang para pejuang dahulu telah pergi selamanya namun adakah kita harus mensia-siakan asas perjuangan yang terdahulu.
Comments
Post a Comment