GAJI NAIK
RAKYAT MENILAI PRESTASI
Aku tersenyum apabila membaca tajuk laporan akhbar DUN Kelantan lulus kenaikan gaji Adun dan Exco, merujuk akhbar Bharian. Siapa paling gembira?, orang merasai atau orang yang melihat sahaja?.
Semestinya selaku manusia yang waras pasti menyokong apabila ada cadangan untuk menaikan gaji diri sendiri. Amat mustahil sekiranya ada yang menolak usul cadangan tersebut.
Aku bukan sesiapa untuk memberi pendapat berhubung perkara ini kerana takut nanti aku dihukum masuk NERAKA kerana tidak sependapat dengan apa yang dikemukakan. Maklumlah dari kecil lagi aku sering di momokan bahawa jika ingin ke SYURGA harus membuat pilihan tepat.
Berdasarkan laporan akhabar Utusan dan SH, telah menyatakan alasan-alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan di atas usul yang dibawa dan dipersetujui.
Isu bekalan air dan kemiskinan merupakan di antara isu yang sering diutarakan oleh rakyat Kelantan sendiri. Diharapkan melalui kenaikan gaji ini, para ADUN dan Exco lebih pro aktif menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Hakikat, kita mampu sembunyikan apa sahaja tentang diri kita di hadapan manusia namun bukan di hadapan Allah SWT. Walaupun Wali Allah sendiri belum tentu masuk ke Syurga.
Maka Tahniah buah ADUN dan Exco yang mendapat kenaikan gaji, semoga Allah SWT merahmati, semoga Allah SWT mendedahkan hakikat dan hakikit jika ada yang gagal menunaikan Amanah yang diberikan. Ameen Ya Rob
Diharapkan masalah kemiskinan atau masalah bekalan air dapat diselesaikan secepat mungkin, kasihani kami rakyat Kelantan yang secara tidak sedar akan mengeluarkan kata-kata tidak molek didengar apabila menghadapi masalah air.
Selain itu, dengan kenaikan gaji dan elaun, diharapan ADUN dan Exco dapat memikirkan methodologi yang sesuai bagi memastikan Kelantan tidak lagi berada di tangga ke-2 dalam senarai jumlah penagih paling ramai di Malaysia.
Saya bimbang kelak, banyak yang ADUN dan Exco harus menjawab dihadapan Allah SWT kelak, maklumlah gaji dah naik, seharusnya segalanya semakin baik.
Selain itu, diharapkan permasalahan saliran turut dapat diselesaikan, semua sedia maklum bahawa rakyat Kelantan sering kali diuji dengan bencana alam atau lebih tepat ialah bencana banjir apabila tiba hujung tahun. Kawasan perumahan aku yang selama ini tidak pernah dinaiki air, turut terkesan pada tahun 2014 dan 2018.
Permasalahan yang aku ingin kemukakan ialah saluran parit yang masih tidak sempurna, kemudian ada yang masih tersumbat, pada waktu yang sama pembangunan semakin bercambah.
Ketika ini, kebanyakan pemaju menjadikan tanah tapak sawah padi sebagai lokasi untuk membina kawasan taman perumahan. Pada pendapat aku, ia menambah risiko terjadi bencana banjir.
Oleh itu, sangat diharapkan dengan kenaikan yang dinikmati, akan memberi ransangan kepada ADUN atau Exco untuk menyelesaikan masalah yang masih berbangkit oleh rakyat Kelantan.
Maklumlah dihadapan Allah SWT nanti, mulut terkunci, lidah membeku hanya anggota tubuh membela diri di atas setiap apa yang dilakukan di atas dunia ini.
Paling menakutkan jika lidah bicara tidak cinta dunia tetapi tingkah jauh berbeza. Semoga Allah SWT melindungi kita semua. Ameen Ya Rob
Comments
Post a Comment