BUDGET 2021: NEXT

PELBAGAI REAKSI SELEPAS DIBENTANGKAN


Alhamdulillah, belanjawan 2021 / budget 2021 telah selamat dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, pelbagai inisiatif telah diumumkan dengan jumlah keseluruhan sangat besar berbanding budget sebelum-sebelum ini. Kini para wartawan, cuba mendapatkan reaksi dari pelbagai pihak terutama dari pihak pembangkang yang sebelum ini, jika tidak salah pemahaman aku akan memberi sokongan terhadap pembentangan budget 2021.

Berdasarkan respon di sosial media milik pemimpin pembangkang, boleh dikatakan ada pandangan yang diberikan berkaitan dengan pembentangan budget 2021. Masing-masing cuba menyuarakan kekurangan yang ada pada pembentangan budget kali ini. 

Sebagai contoh respon dari Ketua Pembangkang yang menyentuh soal langkah pihak kerajaan dalam melonjakan pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2021. Selain respon yang hampir sama berkaitan tindakan pihak kerajaan membuka kembali agensi yang sebelum ini telah ditutup dengan dana kewangan sebesar 80 juta.

Para pemimpin kerajaan semestinya menyatakan bahawa apa yang dibentangkan oleh mereka, itu yang terbaik untuk rakyat. Pemimpin kerajaan akan mengemukakan hujahan demi mematahkan kritikan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang terhadap budget yang dibentangkan.

Reaksi aku berhubung situasi tersebut, ia adalah suatu yang normal untuk pemimpin kerajaan nampak semua yang dibentangkan itu adalah yang terbaik manakala pemimpin pembangkang pula pasti nampak ada kekurangan dalam apa yang disampaikan oleh pihak kerajaan.

Pada aku, pihak kerajaan perlu melihat apa yang di kongsikan oleh pemimpin pembangkang, mungkin ada benar di atas pandangan atau pendapat yang dikongsikan oleh pemimpin pembangkang. Harus kembali kepada budget ini untuk siapa?, adakah untuk rakyat atau pihak tertentu?. Jika untuk rakyat, setiap pandangan harus diambil kira.

Aku bersetuju dengan pandangan pakar atau tokoh dalam bidang berkaitan tentang budget 2021, sememangnya mana-mana budget sekali pun, amat sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Namun pada aku, selagi ada usaha, jika benar ada kekurangan dalam intipati belanjawan 2021, ianya tidak begitu besar atau meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat.

Pada aku, bukti telah ada bahawa rakyat Malaysia ketika ini sangat bijak menilai setiap tindak-tanduk kerajaan atau pembangkang. Mereka tidak akan bersuara ketika ini, tetapi akan bersuara bila tiba waktunya nanti iaitu PRU Ke-15.

Jangan salahkah rakyat jika sekali lagi dihukum atau diberi pencen terus bagi PRU akan datang, rakyat dalam kelompok B40 tidak mengharapkan banyak dari kerajaan, cukup menyediakan peluang pekerjaan, menjaga kebajikan dan membantu bila diperlukan kerana aku bimbang ada dikalangan pemimpin lupa tentang gaji yang mereka terima itu untuk apa?.

Mungkin masih terlalu awal untuk memberi penilaian ke atas budget 2021 yang dibentangkan, walaubagaimanapun itu bukan bermakna rakyat tidak memantau selain pembangkang. Rakyat Malaysia ketika ini hampir 33 juta, semestinya bukan semua termasuk sebagai penyokong politik tanahair.

Masih ramai yang mampu menjadi penimbang tara di atas setiap tindakan yang dilakukan atau diambil oleh kerajaan atau pembangkang terutama bila memikirkan masih relevankah pemimpin sekarang untuk terus berada di kelompok pemimpin walaupun usia semakin senja menuju maghrib,

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?