TOPENG MUKA ATAU EMAS?

 

Emas merupakan di antara sumber yang sangat berharga kepada manusia. Memiliki emas merupakan impian setiap manusia terutama kaum wanita, bahkan apabila tiba musim perayaan di Kelantan. Kedai emas pasti menjadi tempat kesukaan untuk kaum hawa atau wanita membeli barangan emas untuk dijadikan hiasan atau simpanan.

Kini, ada benda lain lebih berharga dari emas yang diidamkan selama ini. Ia adalah topeng muka atau mask yang sebelum ini, tidak pernah terfikir menjadi sesuatu yang sangat berharga buat rakyat Malaysia.

Keadaan ini berlaku apabila dunia dilanda virus yang menjadi pandemik dan membawa kepada kematian jutaan manusia. Malaysia sendiri ketika ini, sedang mengharungi gelombang ke-3 penularan dan sesiapa sahaja yang tidak memakai topeng muka atau mask di tempat awam ketika ini, akan dikenakan denda sebanyak RM1000.

Betapa besar nilai yang harus dibayar oleh rakyat Malaysia yang gagal mematuhi peratuhan atau arahan. Mungkin nilai seribu ringgit itu tidak mampu memberi seutas rantai emas namun duit tetap duit, sangat berharga kepada kita semua. 

Emas boleh dipakai pada bila-bila masa, manakala topeng muka pula ketika ini harus sentiasa memakainya, andai nasib tidak baik nescaya saman jawabnya. Bersiaplah wang untuk membayarnya, seribu untuk kegagalan memakai topeng muka, pada aku sesuatu yang memalukan.

Namun masih wujud kelompok yang ingkar arahan yang ditetapkan atau dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan. Apabila sakit, salahkan kerajaan, apabila kena denda salahkan kerajaan.

Nilai denda RM1000 adalah untuk seorang sahaja, seandainya satu keluarga yang sedang makan di sebuah makan pada waktu PKPB. Semuanya ahli tersebut mungkin akan di denda dengan nilai yang sama.

Harga topeng muka kini mencapai RM1 sekeping atau lebih murah lagi. Sangat mampu untuk dibeli dan dipakai di kawasan tumpuan, maka bukan salah kerajaan jika kita dikenakan denda kerana kita yang mengundangnya peristiwa di denda.

Oleh  itu, aku berharap pada rakyat Malaysia yang masih bersikap acuh tidak acuh terhadapa peraturan memakain topeng muka di tempat awam. Jangan menangis jika RM1000 melayang.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?