BELANJAWAN RAKYAT 2021

BANTUAN TERSASAR



Dewan rakyat masih bersidang membahaskan usul budget 2021, di antara intipatinya adalah berkaitan bantuan kewangan buat rakyat Malaysia yang terkesan akibat Pandemik yang kini meragut jutaan nyawa penduduk dunia.

Menyentuh soal bantuan, pelbagai cadangan diusulkan oleh ahli Parlimen. Ada yang mencadang agar bantuan untuk rakyat diberi secara menyeluruh, manakala ada yang mengemukakan cadangan agar bantuan diberikan secara tersasar. Manakah yang lebih baik?, tersasar atau menyeluruh buat rakyat Malaysia?.

Pada waktu yang sama, luar dari topik belanjawan. Penjualan secara rasmi 2 buah peranti baru yang nilainya mencecah ribuan ringgit di pasaran Malaysia. Kedua-dua peranti mendapat permintaan tinggi dari rakyat Malaysia sehingga sanggup beratur panjang semata-mata ingin orang yang terawal memilikinya.

Keadaan ini membuktikan bahawa bukan semua terkesan dengan Pandemik yang melanda dunia ketika ini. Sememangnya ramai telah kehilangan pekerjaan tetapi masih ada yang mampu meneruskan kehidupuan seperti biasa.

Oleh itu, sewajarnya pakej bantuan rakyat yang dinyatakan dalam pembentangan belanjawan 2021 harus diberikan secara tersasar. Aku secara peribadi bimbang sekiranya bantuan yang sepatutnya diberikan buat mereka yang layak, terjadi sebaliknya.

Nilai Belanjawan bagi tahun 2021 sangat besar sekali berbanding sebelumnya ketika kerajaan sekarang dalam keadaan goyah. Maka semua pihak sebelum melakukan apa-apa yang terkait, dahulukan kepentingan rakyat  terlebih dahulu.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sangat kaya, oleh itu agihan kekayaan itu seharusnya diteliti agar yang benar-benar berhak memiliki bukan yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin. Ketika ini, rakyat sangat mengharapkan penyelesaian dari kerajaan atau pemimpin dalam memastikan perut isi rumah terisi dan tidak kelaparan.

Aku tidak menafikan wujud beberapa perkara yang menimbul rasa pelik atau tidak munasabah terhadap beberapa perkara yang dibentangkan terutama melibatkan nilai yang sangat besar. Aku secara peribadi hanya mampu berharap agar semua pemimpin atau ahli Dewan Rakyat benar-benar memperhalusi belanjawan rakyat 2021 agar tidak terjadi lagi situasi ketirisan belanjawan.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?