HALLOWEEN
BILA UMAT ISLAM MERAIKANNYA
Sesuatu yang menyedihkan apabila melihat Umat Islam negara ini, begitu seronok meraikan perayaan Nasrani atau Yahudi seperti Halloween ini. Walaupun hanya segelintir sahaja Umat Islam di dalam negara ini meraikannya berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan di laman sosial, ia tetap mendukacitakan pada pendapat aku.
Halloween mengikut pemahaman aku berdasarkan maklumat yang dikongsikan di Internet, ia lebih kepada perayaan memuja Syaitan, Iblis dan Jin. Ia sangat bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya, musuh kita diraikan sedangkan syaitan, iblis dan jin kafir merupakan kelompok yang sanggup berjanji di hadapan Allah SWT untuk membawa anak cucu Nabi Adam AS ke dalam neraka bersama mereka.
Sedih bukan, agama di dalam kad pengenalan adalah Islam, namun cara kehidupan semakin jauh dari landasan, aku bukan ingin menghukum, sekadar berkongsi rasa kerana walaupun aku juga seorang yang jahil dalam soal agama namun untuk meraikan sesuatu yang mampu memesongkan akidah tidak sama sekali.
Aku percaya bahawa kelak ada mulut bersuara mempertahankan tindakan yang mereka lakukan, Allahuakhbar di manakah Iman mereka?, sanggup meraikan sesuatu yang jelas bercanggah dengan Agama.
Jika kita meneliti maksud Halloween berdasarkan Wikipedia, Ia merujuk perayaan agama kristian aliran katolik. Ringkas tapi jelas bahawa umat Islam sama sekali tidak boleh meraikannya. Mengapa menjadikan Islam itu murah?. Bagaimana penganut lain ingin menghormati Islam sekiranya umatnya sendiri tidak menghormati agama yang dianuti sejak dari lahir lagi.
Aku hanya mampu meluahkan selain mendoakan agar Allah SWT memberi hidayah buat Umat Islam yang semakin jauh dari landasan Agama Islam yang sebenarnya. Ameen Ya rob
Comments
Post a Comment