AZAM TAHUN 2021

  
Aku merasakan ketika ini, kita masih dalam mood sambutan tahun baru 2021. Masing-masing cuba memberi motivasi pada diri sendiri untuk terus maju ke depan setelah tahun 2020 tidak seindah yang diharapkan selama ini.

Apabila memasuki tahun baru, pasti di antara perkara yang diperkatakan adalah AZAM tahun baru. Adakah berkesinambungan dari tahun lepas atau membentuk azam baru yang jauh berbeza dari tahun sebelumnya.


Pada waktu yang sama, kita sentiasa mengingati bahawa ramai saudara-mara, rakan atau kenalan yang telah meninggalkan kita buat selamanya akibat Pandemik yang menyerang dunia, sebuah kematian yang menyedihkan jika diceritakan terutama apabila jenazah tidak dapat diiringi hingga liang lahat.

Bercakap soal tahun baru atau azam, aku seorang yang suka menulis sesuatu atau peristiwa yang berlaku atau terjadi dalam sebuah catatan diari. Mungkin aku terikut dengan perangai arwah abah yang suka menulis sesuatu yang mungkin menjadi rujukan atau kenangan di suatu masa nanti.

Timbul ke fikiran kecil ini, manusia sering sahaja berbicara soal azam dan perancangan kehidupan sepanjang tahun 2021. Adakah kita merancang soal kehidupan selepas kematian?. Kita terlalu sibuk merancang dunia sehingga lupa soal perancangan hari akhirat. Padahal perkara yang dilupai itu paling penting sekali.

Hakikatnya kehidupan kita dipenuhi dengan rahsia yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Kita berusaha, bekerja keras dan tekun, namun di saat akhir Allah SWT Maha menentukan bagaimana hasilnya nanti.

Perkara yang sama apabila berbicara soal perancangan selepas kematian.Adakah kita merancangan bagaimana melengkapkan rukun Islam?, adakah kita merancang menambah amalan ibadah kita?, belajar membaiki kelemahan kita?. Atau hakikat sebenar kita tidak berbuat apa-apa sehingga kematian menjemput buat selamanya.

Pada awal tahun 2020, kita merancang pelbagai perkara, menyenarai pelbagai AZAM dalam minda, namun tiada siapa menjangka bahawa ada ujian yang datang menimpa, bukan satu atau dua manusia bahkan seluruh dunia yang terus berjuang sehingga kita.

Sejujurnya, aku masih buntu soal azam aku bagi tahun 2021, banyak perkara difikirkan namun sedikit sahaja usaha yang aku lakukan. Adakah aku mampu atau sebaliknya mengharungi dugaan dan cabaran bagi tahun 2021 ini?.

Adakah aku bakal menjadi manusia gagal untuk merancang perkara di dunia dan di akhirat?. Tahun ini umur aku mencecah 38 tahun, perlahan-lahan tempoh hayat semakin mengecil, adakah cukup atau sebaliknya hanya Allah SWT Maha mengetahui.

Dengan cabaran dan dugaan yang ditempuhi sepanjang tahun 2020. Diharapkan tahun 2021 akan memberi sesuatu yang lebih istimewa kepada kita semua. Ameen Ya Rob

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?