Kahwin PKP 2.0


Sesungguhnya kita sering di ajar bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Begitu juga apabila kerajaan memilih melaksanakan PKP/PKPB/PKPP bermula 13 sehingga 26 Januari 2021. Mempunyai hikmah yang tersendiri buat kita, di antara yang tular di sosial media atau berita arus perdana ialah Perkahwinan Ekpress atau mengejut.

Berikut beberapa laporan portal online berkaitan dengan perkahwinan mengejut yang di adakan seluruh Malaysia, kebanyakan terjadi sehari sebelum PKP berlangsung. Di antaranya mstar.com, hmetrofreemalaysiatoday, dan ohmymedia.

Tanpa sebarang persiapan perkahwinan yang biasa dilakukan termasuk membawa dulang hantaran, setiap pasangan yang terbabit akhirnya selamat menjadi pasangan suami-isteri, alhamdulillah perkara yang sunnah telah dipermudahkan walaupun pada adatnya mungkin banyak kekuranganya.

Alhamdulillah, keluarga ke dua belah pihak pula tiada sebarang halangan untuk membenarkan anak masing-masing berkahwin walaupun dengan suasana cukup sederhana kerana pada waktu pandemik ini, menghalalkan sesuatu yang sunnah itu indah pada aku.

Soal jamuan makan pula, in sha Allah lepas segalanya dalam keadaan terkawal, terpulang pada pasangan untuk mengadakan kenduri dalam keadaan yang dirasakan sesuai. Hakikat mengapa perlu diadakan kenduri perkahwinan, sekadar memberitahu masyarakat bahawa pasangan terbabit merupakan pasangan suami-isteri. Ia bagi mengelak timbulnya fitnah di kalangan masyarakat itu sendiri.

Mungkin dari satu sudut lain, ada pihak menanggung kerugian terutama pihak mak andam pengantin atau kedai pelamin kerana penyewa atau pembeli sebelum ini, berkemungkinan membatalkan tempahan yang dilakukan termasuk katering.

Pada aku, paling penting menyempurnakan apa yang diperlukan mengikut hukum Islam kerana itu yang utama. Sekiranya boleh dipermudahkan maka dipermudahkan kerana kita sendiri belum pasti bilakah isu pandemik ini akan selesai sepenuhnya.

Pada pandangan aku, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya, sesungguhnya pandemik yang sedang menular ketika ini, merupakan ujian dari pelbagai dimensi bukan hanya ada mangsa yang terkorban tetapi ramai mula sedar dari kekhilafan yang selama ini menjadi amalan harian.

Sebagaimana sebuah Perkahwinan yang dilihat, semakin jauh dari landasan Islam yang sebenarnya sehinggakan budaya Nasrani dan Yahudi mula dijadikan amalan di kalangan Umat Islam itu sendiri. Sepanjang aku hidup sebelum Pandemik ini bermula, aku sering disajikan dengan cultural perkahwinan yang tidak masuk akal sebagai Muslim. Kenduri kahwin sahaja mencecah kos puluhan ribu ringgit, wang hantaran bukan mas kahwin mencecah puluhan ribu ringgit. Selepas kahwin tiba-tiba cerai kerana tekanan menyelesaikan hutang untuk menjayakan sebuah perkahwinan berdasarkan nafsu.

Maka perkahwinan versi PKP merupakan perkahwinan mengikut sunnah pada pendapat aku, sekadar cukup syarat dan benda yang wajib maka termeterailah sebuah ikatan perkahwinan yang sah ikut ajaran Islam.




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?