Berniaga Hingga 10 malam
Bermula 22 Januari 2021, para peniaga kedai makan atau restoran di benarkan beroperasi sehingga 10.00 malam berbanding sebelum ini, hanya dibenarkan beroperasi sehingga 8.00 malam sahaja. Semestinya ia menggembirakan rakyat Malaysia terutama di kawasan atau negeri yang dikenakan PKP.
Timbul pula suara untuk kerajaan membenarkan sektor lain beroperasi seperti yang diberikan kepada peniaga kedai makan dan restoran.
Pada pendapat aku, wujud banyak impak pemulihan ekonomi dengan memberi kebenaran untuk peniaga kedai makan dan restoran, bukan semata-mata untuk memenuhi permintaan rakyat yang kita sedia maklum hanya waktu malam, bilangan pelanggan lebih ramai berbanding waktu siang.
Bekalan bahan mentah yang berkaitan dengan kedai makan adalah bekalan ayam dan daging yang dibekalkan oleh petani, bekalan sumber laut oleh nelayan dan bahan pertanian seperti sayuran atau beras oleh petani.
Apabila tempoh masa perniagaan dilanjutkan, para pengusaha kedai makan dan restoran akan menambah bekalan stok bahan mentah lebih berbanding sebelum kebenaran diberikan.
Bukankah ini membantu pemulihan ekonomi banyak sektor?. Maka kebenaran yang diberikan amatlah wajar bagi tempoh jangka panjang ketika kesan PKP terdahulu masih terasa di tambah pula PKP 2.0 pula.
Kerajaan telah memenuhi keinginan rakyat, maka giliran rakyat pula untuk membantu kerajaan dalam memulihkan negara dalam isu pandemik yang kini masih menjadi ancaman utama dunia. Sememangnya pandemik ini mampu sembuh, namun kita harus melihat kadar jangkitannya?.
Patuhi arahan atau peraturan yang ditetapkan terutama kebenaran yang diberikan hanya untuk bungkus, pandu lalu dan penghantaran makanan sahaja.
Andai jumlah pesakit yang positif masih terus meningkat, kerajaan harus meneruskan PKP dalam tempoh berkala seperti apa yang kita hadapi sangat ini, di beberapa buat negeri, tempoh PKP telah disambung untuk tempoh 2 minggu lagi.
Jika kita melihat kes-kes sebelum ini, wujud beberapa kluster yang disebabkan orang-ramai makan di premis yang mana kesan penularannya sangat menakutkan.
Ia hampir sama dengan situasi kenduri kahwin atau majlis tahlil. Ia mewujudkan situasi penularan yang amat sukar dikesan atau mudah terlepas pandang untuk pihak berkuasa.
Semoga kebenaran yang diberikan atas permintaan rakyat, tidak di sia-sia oleh rakyat itu sendiri. Niat untuk kemudahan diri sendiri namun akibat lalai akhirnya kesan terkena pada orang lain pula.
Itu yang berlaku terhadap kebenaran rentas daerah dan negeri sebelum ini, kerajaan menyarankan jangan pula ke kampung tetapi ramai yang degil akhirnya kita yang harus menanggung kesannya.
Comments
Post a Comment