PKP Di Kelantan
Ada segelintir yang meluahkan rasa kesal dengan perubahan itu tetapi pada pendapat aku, ia sememangnya telah dijangkakan dari awal lagi apabila melihat data-data jumlah pesakit yang positif di Kelantan terus meningkat melebihi 50 kes setiap hari. Sekiranya tiada tindakan drastik di ambil maka keadaan mungkin bertambah teruk.
Pada pendapat aku berdasarkan pemerhatian, 2 perkara yang mempengaruhi penularan pandemik di Kelantan ketika ini. Pertama aktiviti rentas daerah dan negeri yang tinggi, sangat mempengaruhi penularan di negeri Kelantan.
Aku berpendapat aktiviti rentas melibatkan anak-anak Kelantan yang tinggal di kawasan Zon Merah seperti Selangor dan Kuala Lumpur. Rentas kerana rindu pada keluarga di kampung tanpa menyedari bahawa mereka membawa pulang bersama virus yang sangat ditakuti ketika ini. Aktiviti ibubapa yang berada di kategori sangat berisiko harus menanggung akibatnya sehingga kehilangan nyawa.
Selain itu, pematuhan SOP di negeri Kelantan berdasarkan pemerhatian aku sendiri turut semakin menurun. Orang ramai semakin tidak mengamalkan penjarakan sosial, tidak memakai topeng muka di kawasan tumpuan orang ramai sehingga penularan terjadi dengan begitu mudah.
Walaupun pelaksanaan PKP ini bakal menjejaskan pendapatan perniagaan kerana kebanyakan penduduk Kelantan merupakan peniaga kecil-kecilan. Namun itu merupakan pengorbanan yang terpaksa dilakukan kerana aku difahamkan 3 Pusat Kuarintin di Kota Bharu semakin maksimun jumlah pesakit yang ditempatkan di sana.
Diharapkan, seluruh rakyat Kelantan sama-sama merenung diri kita sendiri, sejauh mana kita berusaha menghentikan penularan pandemik tersebut. Di kawasan aku tinggal ketika ini, terus mencatatkan jumlah pesakit yang positif.
Satu demi satu kluster baru bagi negeri Kelantan muncul, ia sudah memadai menunjukan bahawa ketika ini, kadar penularan pandemi ini masih di tahap membimbangkan. Bilangan Jemaah Masjid terpaksa dikurangkan dari 50 orang ke AJK Masjid sahaja.
Adakah mampu Kelantan pulih?, in sha Allah aku percaya situasi penularan di Kelantan akan pulih apabila pintu sempadan antara negeri telah ditutup kerana risiko terjadi penularan baru akan menurun kerana tiada kemasukan indek yang berpotensi mencetuskan penularan baru.
Comments
Post a Comment