KONFLIK POLITIK MALAYSIA TAHUN 2021 BERMULA

 MN ATAU PN

Ketika ini, kita mengetahui bahawa di Dewan Rakyat wujud beberapa blok yang diwakili oleh ahli Parlimen bagi PRU Ke-14. Kerajaan ketika ini, ditadbir oleh 3 Parti Utama iaitu PPBM, PAS dan BN (diketuai oleh UMNO).

Berdasarkan pemahaman aku, sebelum runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya. UMNO telah melakukan kerjasama bersama PAS dengan membentuk Muafakat Nasional (MN), hasil dari kerjasama tersebut dapat dilihat pada kemenangan demi kemenangan yang diperolehi pada setiap PRK yang diadakan sepanjang PH mentadbir negara.

Kemudian apabila parti BERSATU keluar dari Pakatan Harapan, ia membentuk satu lagi komponen baru dengan kerjasama beberapa parti termasuk PAS. Komponen ini dipanggil Perikatan Nasional yang telah didaftarkan secara rasminya.

Pada pemahaman aku berdasarkan pemerhatian, sentiasa wujud isu atau polemik di antara MN dan PN, ia sentiasa panas bagaikan akan terus berterusan sehingga PRU dilaksanakan. Mungkin keadaan ini wujud kerana asas penubuhan komponen itu sendiri.

Politik merupakan satu pentas yang semua terlibat mempunyai matlamat atau agenda yang tersendiri. Walaupun kiblat politik berbeza, jangan lupa as Muslim, kiblat kita tetap hanya satu,walaupun bergaduh kerana politik tetapi bersama kerana agama. Itu hasrat ku kerana kita merupakan sebuat negara kecil dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk mencapai status negara maju.

Aku percaya ada rakyat suka kerjasama MN, ada rakyat suka kerjasama PN. Cuma pemimpin di atas, harus PEKA dengan kehendak orang bawahan, bukan sahaja ahli parti tetap rakyat biasa. Adakah MN akan terus diperkasakan atau PN akan menjadi komponen lebih stabil berbanding lawan?. 

Jawapan itu ada pada rakyat, pada pandangan peribadi aku.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?