Isu Pembalakan
Tahun 2021 dimulakan dengan pelbagai cabaran dan dugaan buat rakyat Malaysia termasuk dugaan banjir di beberapa buah negeri. Bukan hanya kehilangan harta benda tetapi turut melibatkan kehilangan nyawa. Sukar untuk digambarkan perasaan mangsa yang berdepan dengan situasti tersebut.
Di antara kemungkinan menjadi punca terjadinya banjir di Malaysia adalah kegiatan pembalakan yang menjadi salah satu sumber kewangan yang lumayan buat mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut.
Nilai kayu dari pokok balak yang ditebang sangat tinggi kerana permintaan pasaran dari dalam dan luar negara, mungkin disebabkan itu terjadi pembalakan luar kawalan.
Beberapa portal online memperkatakan isu pembalakan di Malaysia, terutama yang mempengaruhi bencana banjir sebagai contoh bharian dengan tajuk Gondol Hutan Punca Banjir Semakin Buruk yang menyentuh soal pembalakan yang tidak terancang dan terkawal.
sinarharian dengan tajuk Banjir manifestasi kerakusan manusia yang melaporkan kesan dari kerakusan manusia menjarah kawasan pembalakan sehingga kesannya sangat teruk.
Sekiranya sikap menuding jari kepada faktor alam menjadi punca bencana banjir, pada aku itulah sikap manusia yang sombong, tidak mahu mengaku kesilapan atau kesalahan sendiri. Padahal keadaan jelas menunjukan bahawa kerana sifat kerakusan manusia turut mempengaruhi bencana alam yang sentiasa terjadi di Malaysia.
Beberapa portal online turut melaporkan kejadian bencana alam sehingga menyebabkan kemusnahan keindahan air terjun yang sebelum ini menjadi tempat tumpuan orang-ramai.
Portal bharian dengan tajuk laporan Kerajaan Perak arah siasatan kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu. Sinarharian dengan tajuk Air Terjun Tanjung Batu Musnah. Astroawani dengan laporan Siasatan menyeluruh dakwaan kerosakan di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari.
Kesemua laporan berkaitan dengan kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu, adakah kerana faktor alam menyebakan terjadinya kemusnahan tersebut?. Hakikat yang pasti ia berpunca kerakusan manusia sehingga alam yang elok tercipta menjadi mangsa, kelak andai alam berbicara dengan bahasanya maka jangan salahkan sesiapa.
Tahun 2014, bencana banjir yang berlaku di Kelantan yang dipanggil bah kuning, jika kita flashback kembali faktor terjadinya bah kuning adalah seperti laporan di portal berikut astroawani dengan tajuk Balak Hanyut punca utama jambatan roboh - Mustapha. bharian dengan tajuk Banjir kuning bagai tsunami ancam Kelantan.
Sekiranya manusia masih tidak sedar bahawa mereka adalah punca mengundang bencana alam seperti banjir, aku percaya ia akan terus terjadi sampai bila-bila kerana hakikat yang kita harus ingat bahawa apapun bencana alam yang terjadi adalah kerana alam sedang berbicara akibat sikap manusia itu sendiri.
Comments
Post a Comment