DRAMA POLITIK BERMULA PADA HARI KE-5

 AHLI PARLIMEN KETEREH BUKAN LAGI SUA BN




Hari ini, perkara lain yang menarik perhatian para pemerhati politik tanahair ialah pemecatan ahli Parlimen Ketereh sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional. Adakah ini menjadi penanda bahawa bakal berlaku episod baru politik negara ketika situasi yang masih tidak menentu?.

Walaupun pemecatan ini melibatkan konflik dalaman parti. Namun selaku parti yang pernah mentadbir negara, setiap perubahan yang berlaku pasti menarik perhatian pemerhati yang terdiri dari para pelabur, pembangkang dan orang awam itu sendiri. Laporan berkenaan pemecatan ahli Parlimen Ketereh boleh disemak di awani, mkini dan bharian.

Pada pendapat peribadi aku, sememangnya setiap tindak-tanduk ahli Parlimen Ketereh sejak kebelakangan ini, menimbulkan rasa kurang selesa dikalangan ahli parti itu sendiri terutama suara kelompok pemuda yang aku lihat sering menegur ahli Parlimen Ketereh berdasarkan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan.

Selain itu, ada yang menarik pada laporan akhbar sinarharian.12 UMNO bahagian di Kelantan desak putuskan hubungan dengan Bersatu. Paling terkesan di hati apabila UMNO Kelantan turut mengemukakan usul mengkaji kembali kerjasama di antara UMNO dan PAS.

Sejujurnya, aku terkejut dengan usul yang dikemukakan, secara peribadi aku merasakan ada orang lupa jasa orang yang membantu, ketika rebah tersungkur, ada tangan dihulur untuk membantu bangkit dengan kemenangan demi kemenangan yang diperolehi pada beberapa PRK yang dijalankan, kini ingin mengkaji kembali kerjasama tersebut.

Sekiranya benar-benar yakin mampu bangkit sendiri, maka silakan kerana pada aku, itu hak masing-masing. Hak rakyat pula memilih pemimpin yang benar-benar ingin berjuang atas nama kepentingan rakyat di kawasan yang dipertandingkan.  Jangan salahkan rakyat sekiranya masih jatuh walaupun tidak tersungkur.

Aku tidak sabar menantikan apakah langkah ahli Parlimen Ketereh seterusnya selepas ini. Setelah sering kali mengeluarkan kenyataan yang pada pandangan peribadi aku, lebih kepada pandangan peribadi ahli Parlimen Ketereh tersebut.

Bagaimana pula reaksi PPBM, bagaimana pula reaksi PAS terhadap situasi terkini politik tanahair, pada waktu yang sama jangan lupa bahawa Pakatan Harapan ketika ini sedang memperkemaskan kerjasama mereka terutama isu-isu yang berbangkit bagi menghadapi PRU ke-15.

Bagaimana pula kisah PEJUANG dan MUDA bagi tahun 2021?, aku percaya masing-masing mempunyai pencaturan tersendiri dalam memastikan mereka bersedia menghadapi PRU yang akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?