Updated Di Kelantan
Hari ini, Kelantan telah mencatatkan angka yang agak besar pada pandangan peribadi aku. Keadaan ini, sejujurnya sangat membimbangkan kerana tidak menampakan pola penurunan bilangan pesakit yang positif.
Berdasarkan infografik jelas menunjukan situasi terkini di negeri Kelantan. Jelas menunjukan bahawa hanya daerah Jeli sahaja berstatus hijau manakala daerah berstatus kuning atau jingga. Paling terkesan semestinya Kota Bharu yang telah mencatatkan jumlah kes total sebanyak 272 kes dan dijangkakan nilai tersebut akan terus meningkat.
Difahamkan ada 12 kluster yang aktif wujud di Negeri Kelantan seperti yang ditunjukan oleh gambar rajah.
Dengan kluster Halban terus menunjukan peningkatan dan kini telah mencatatkan jumlah kes sebanyak 141, sesuatu yang tidak membanggakan.
Banyak kisah yang aku dengar asas terjadinya kluster halban. Indeks bagi kluster halban ialah Kes 98731 yang merupakan pesakit berusia 65 tahun, perempuan dan tidak bergejala.
Kluster Halban terjadi di kawasan Madrasah Darul Naim, Melor. Maka berdasarkan lokasi atau lokaliti, menjadi faktor mengapa penularan pandemik terlalu cepat dan meluas. Pasti ada yang tertanya bagaimana kes 98731 dijangkiti?, melihat pada usia, berkemungkinan dari ahli keluarga terdekat.
Tambahan melihat pada tarikh kluster bermula iaitu 26 Disember 2020, tarikh selepas kerajaan membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri, pada waktu yang sama begitu ramai anak-anak Kelantan yang tinggal di kawasan ZON MERAH di pantai barat kembali ke Kelantan.
Peningkatan demi peningkatan yang dilaporkan membuatkan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menyediakan 3 pusat kuarantin dan rawatan bagi pesakit COVid19 iaitu di Kolej Jururawat Kota Bharu, Dewan Jubli Perak MPKB-BRI dan Dewan MAIK. Sumber laporan akhbar sinarharian.
Comments
Post a Comment