Bila Pelabur Angkat Kaki
Ada sesuatu menarik perhatian aku secara peribadi, ia berkaitan dengan pelaburan asing yang memilih negara jiran sebagai pilihan menanam modal.
Situasi itu semestinya menimbulkan persoalan, mengapa Malaysia tidak menjadi pilihan syarikat gergasi pelaburan asing terbabit?.
Berdasarkan penulisan Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui sharian, 3 buah syarikat gergasi dunia iaitu Tesla, Google dan Amazon telah memilih Indonesia sebagai negara pilihan untuk menanam modal jangka panjang.
Dengan nilai pelaburan yang sangat besar, mampu membantu pertubuhan ekonomi negara jiran dengan lebih kuat dan maju.
Paling terkini, syarikat Hyundai bakal menutup operasinya di Malaysia dan memindahkannya ke Indonesia, ia berdasarkan beberapa laporan portal online seperti milosuam dan mhdaily.
Keadaan ini sangat mengejutkan dan menyedihkan kerana ia akan menyebabkan pelbagai kesan terhadap negara terutama kesan kehilangan pekerjaan.
Mengapa keadaan ini terjadi?, adakah disebabkan kemelut politik dalam negara yang dilihat semakin berkecamuk?. Pada pendapat peribadi aku, para ahli politik cuba membuktikan bahawa mereka yang berkuasa.
Jika aku meletak diri sebagai pelabur asing, semestinya aku sendiri akan angkat kaki apabila situasi negara yang sedang aku laburkan wang keadaan politiknya tidak stabil.
Sejarah dunia telah membuktikan segalanya, mana-mana negara yang mengalami masalah kestabilan politik pasti berdepan masalah keyakinan pelabur terutama kemampuan sesebuah negara itu menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh sesebuah syarikat pelabur asing.
Aku melihat situasi ketika ini, Indonesia mempunyai banyak kelebihan dan mampu menawarkan apa yang diperlukan oleh pelabur asing terutama dari pengurangan kos pengurusan termasuk kos upah buruh.
Walaupun ada sudut tertentu kita mempunyai kelebihan.
Bahkan ketika ini, isu kestabilan politik masih menjadi kekangan utama bagi Malaysia walaupun ketika negara menghadapi masalah banjir dan bilangan pesakit pandemik semakin meningkat.
Salah siapa berlaku situasi sebegini di dalam negara?.
Demi Allah SWT, aku melihat masing-masing cuba menyelamatkan pengaruh dan kuasa masing-masing kemudian bagi mengelak disalahkan maka rakyat di jadikan alasan utama mengapa mereka melakukan tindakan sedemikian.
Bagaimana kita mampu pulihkan ekonomi negara sekiranya semakin ramai pelabur mula berkira-kira menjadi lokasi baru untuk menanam modal mereka.
Mampukah negara kembali pulih?, pada pendapat peribadi aku. Negara mampu berjaya dalam pemulihan ekonomi sekiranya ketika ini semua pihak berhenti bertelagah sementara waktu.
Jika semuanya kembali seperti biasa, baru fokus kepada pemulihan politik yang menjadi fokus setengah pihak. Bukan semua rakyat gemar membicarakan soal politik tanahair.
Comments
Post a Comment