KELANTAN KEKAL TINGGI?
Tahun 2021 telah membuka gerbangnya, semua berharap tahun ini bakal menjadi tahun lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Berharap peluang dan ruang yang lebih baik dari sebelumnya walaupun hakikatnya masih samar-samar.
Pihak kerajaan telah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang seharusnya berakhir pada 31 Disember 2020. Lanjutan itu bermula dari 1 Januari sehingga 14 Mac 2021. Pada pandangan aku, lanjutan ini sangat wajar memandangkan keadaan semasa negara terutama dari segi kebolehan penularan yang masih di tahap membimbangkan.
Adakah masalah pandemik ini, bakal berkesinambungan dari tahun 2020?. Aku ingin fokus melihat situasi terkini bagi negeri Kelantan, sebuah negeri yang menjadi kediaman aku dan sering menerima kelompok perantauan dalam jumlah yang sangat besar pada satu-satu masa.
Berdasarkan gambar rajah di sebelah, menunjukan bahawa bilangan penduduk Kelantan yang berjaya di kesan positif COVid19 adalah seramai 53 orang. Satu nilai yang sangat besar pada pandangan aku mengenangkan Kelantan baru sahaja dalam proses pemulihan selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketika ini, apa yang aku faham bahawa pihak kerajaan telah membenarkan rakyat Malaysia melakukan aktiviti rentas negeri atau daerah. Hanya kawasan yang dikenakan PKPD sahaja yang dikuatkuasa larangan aktiviti rentas negeri atau daerah.
Jika kita sama-sama melihat data-data seminggu ke belakang berkenaan jumlah pesakit yang positif di Kelantan. Bermula dari 25 Disember 2020, kita akan melihat nilainya hanya pada 25hb Disember 2020 mencatatkan jumlah 4 kes sahaja, hari seterusnya sehingga sekarang terus berada di tangga atas dari nilai 20 kes positif sehari. Boleh rujuk data di portal - covid19-moh.
Jika kita merujuk kepada jajahan yang masih berstatus hijau iaitu merujuk tiada kes di catatkan hanya Gua Musang sahaja setakat ini. Manakala daerah-daerah telah mencatatkan kes dan menunjukan pola peningkatan.
Secara logik, kita pasti tertanya apa faktor yang menyebabkan terjadi situasi sebegini sedangkan sebelum ini, data-data menunjukan keadaan semakin baik dari sudut jumlah kes yang positif atau kluster yang wujud.
Aku cuba menyelidik secara rawak, apa yang ketemui ialah hampir kebanyakan penularan yang berlaku di Kelantan ketika ini adalah berpunca dari aktiviti rentas daerah dan negeri terutama melibatkan anak-anak negeri Kelantan yang tinggal kawasan Zon Merah kemudian pulang ke Kelantan dan akhirnya menjangkiti keluarga di kampung.
Hujahan aku berdasarkan data berikut:
Abang aku tinggal di Zon Merah, Pak cik aku tinggal di Zon Merah, tidak salah untuk pulang ke kampung terutama setelah berbulan tidak bertemu mata dengan ibubapa. Namun setiap rakyat Kelantan yang berhasrat pulang ke kampung harus menjalani saringan terlebih dahulu sebelum pulang, jika tidak data di atas membuktikan segalanya.
SOP semakin dilupakan, anak-anak pula pulang bawa pandemik, akhirnya umur tersisa dihabiskan begitu sahaja kerana kealpaan dan ego dalam jiwa, bila mati baru ingin menyesal pada dunia. Ketika telah terlewat selamanya.
Comments
Post a Comment