SESI PERSEKOLAHAN ATAS TALIAN

Sesi persekolahan melalui pembelajaran online telah berjalan bagi tahun 2021. Walaupun baru 3 hari menjalani proses pembelajaran terbabit, sudah banyak permasalahan atau isu yang ditimbulkan dari pihak Sekolah atau ibubapa. Pada aku, ia adalah situasi yang telah dijangka berdasarkan tinjauan yang pernah di buat pada tahun 2018.










Sesi pembelajaran dari rumah merupakan perkara yang harus kita terima  dan biasakan pada waktu pandemik ini, pada pendapat aku, Malaysia telah lama mempersiapkan para pelajar dan sistem dalam mengharungi sistem pembelajaran dalam talian cuma banyak kelemahan yang tidak di atasi sebaik mungkin.










Sampai bilakah para pelajar harus menjalani sistem pembelajaran dari rumah?, mungkin tiada siapa mampu menjawab persoalan terbabit termasuk pihak Kementerian, pandemik ketika ini seolah-ola tiada penghujungnya walaupun beberapa buah negara berjaya menghasilkan vaksin namun keberkesanan masih diragui.










Pada aku, ada kebaikan dan kelemahan apabila bercakap tentang soal pembelajaran dari rumah, segala dapat di atasi sekiranya pihak yang berkaitan saling bekerjasama merujuk pihak Kementerian, Sekolah dan ibubapa.








Ketika aku memberi syarahan di sekolah-sekolah seluruh negeri Kelantan pada tahun 2018. Aku sering menekankan soal kepentingan membiasakan diri dengan pembelajaran dalam talian, alasan yang sering aku kemukakan ialah situasi ketika para pelajar di timpa bencana alam seperti banjir, para pelajar masih boleh meneruskan pembelajaran dari rumah.












Siapa sangka tahun 2020 menjadi tahun permula sistem pembelajaran dari rumah menjadi keutamaan. Bukan hanya pembelajaran para pelajar tetapi ibubapa juga mempraktikan melakukan kerja-kerja pejabat dari rumah bagi sektor-sektor tertentu.








Ketika ini, hanya pelajar yang menduduki peperiksaan penting seperti SPM dan STPM dibenarkan mengikuti pembelajaran bersemuka iaitu perlu hadir sekolah, paling menarik ialah untuk tahun ini, peperiksaan SPM bakal diadakan sebanyak 2x, bergantung kepada situasi semasa.










Pada dasarnya, aku berpendapat sistem pendidikan kita sedikit terganggu kerana pandemik yang menimpa, oleh itu kelompok cerdik-pandai harus memikirkan langkah yang sewajarnya dalam menangani sebarang isu yang berbangkit.








Masing-masing mengalami tekanan tersendiri akibat pandemik yang melanda, masalah kewangan menjadi masalah pokok utama terutama bagi ibubapa yang kehilangan pekerjaan sedangkan pendidikan anak-anak tetap diberi penekanan. Oleh itu, setiap polisi atau perancangan untuk pembelajaran dan pengajaran harus diteliti sebaik mungkin.










Aku percaya di antara perkara yang sangat diberi keutamaan walaupun sesukar mana sebuah kehidupan yang harus dihadapi, pendidikan anak-anak menjadi keutamaan.Telah banyak berhabis untuk pakaian sekolah, kini harus berhabis untuk kos pembelajaran dari rumah pula. 










Oleh itu, sama-sama kita doakan semoga pandemik segera berlalu dan kita mampu menjalani kehidupan seperti biasa nanti.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?