Malaysia Dalam Seminggu
Baru seminggu berada di tahun baru, pelbagai isu kita selaku rakyat harus mengharungi. Di antaranya pandemik semakin menular, politik kembali berkecamuk dan bencana banjir yang meragut nyawa dan harta benda, bahkan agak teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Sejujurnya aku takut untuk bayangkan apa yang bakal terjadi sepanjang tahun 2021. Adakah lebih teruk berbanding tahun sebelumnya atau sebaliknya?. Sesungguhnya walaupun sehebat mana kita merancang atau azam, Allah SWT Maha menentukan segalanya.
Dimana salahnya?, pada awal-awal lagi aku tegaskan bahawa langkah kerajaan membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri pasti mengundang bencana dan ramalan aku benar belaka.
Menyentuh soal politik, konflik yang terjadi ketika ini melibatkan parti UMNO dan PPBM, konflik lebih menyentuh arah kerjasama di antara dua parti tersebut.
Pada pandangan aku, asas konflik ini muncul seperti yang dapat diduga namun biarlah masa dan rakyat menentukan segalanya. Aku percaya bahawa saat ini rakyat sangat penat dan mual dengan telatah para pemimpin yang mereka lantik pada PRU yang lalu.
Isu bencana banjir, tiada cara lain untuk mengatasi kecuali sabar menempuhi terutama kos yang bakal ditanggung setelah paras air banjir semakin surut nanti.
Ramai yang memberi pendapat bahawa bencana banjir kali ini terjadi seakan sama dengan apa yang dihadapi oleh rakyat Kelantan pada tahun 2014.
Mujur kerajaan bersetuju untuk pencarum KWSP mengeluarkan wang dari akaun 1, maksimun sebanyak 10 ribu ringgit, dapat menampung kewangan disebabkan PKP dan Banjir yang dialami ketika ini.
Apa lagi bakal menanti kita semua?, baru 7 hari telah banyak dugaan yang menjengah kita, belum lagi berkisar isu-isu dunia yang pasti akan muncul jua dengan situasi ketegangan Laut China Selatan semakin memanas, tempias pasti sampai pada kita kerana berkongsi laut yang sama.
Bagi isu pandemik pula, ia adalah bergantung kepada kita sendiri, tidak memeriksa tahap kesihatan sebelum pulang ke kampung menyebabkan ibubapa di kampung menjadi mangsa kerana kelalaian kita sendiri.
Aku percaya walau apapun dugaan atau cabaran buat rakyat Malaysia, sekiranya kita bersatu dan harungi bersama. Nescaya ada sinar harapan buat kita semua bagi tahun 2021.
Comments
Post a Comment