KESAN PKP 2.0 TAHUN 2021



Aku percaya bahawa umum mengetahui bahawa sebelum pelaksanaan PKP 2.0, Malaysia berada dilandasan pemulihan ekonomi, kesan PKP terdahulu sangat mendalam dan memeritkan terutama apabila ramai kehilangan pekerjaan termasuk dalam sektor penerbangan yang umum mengetahui pendapatan seorang juruterbang sangat lumayan. Namun terpaksa diberhentikan kerana pelaksanaan PKP.

Kini, kita berdepan sekali lagi pada hari ke-13 bulan Januari tahun 2021. Tanpa menunggu lama, ada rakyat Malaysia yang baru ingin menarik nafas lega kini terpaksa bangkit buat kali ke-2. Pasti kita akan bertanya siapakah yang bersalah sehingga berlaku PKP 2.0?. Pada aku, masing-masing mempunyai salah tersendiri, rakyat ada salahnya pemimpin ada salahnya.


Paling penting ketika ini, pada aku ialah bagaimana untuk kita
mengharungi gelombang baru penularan?. Setiap hari ada sahaja kes kematian akibat pandemik dicatatkan. Bilangan dijangkiti lebih tinggi dari bilangan pesakit yang sembuh.

Ada sudut lain yang ingin aku kupas berhubung PKP 2.0 iaitu isu ekonomi terutama bagi kelompok peniaga kecil. Aku suka merujuk pemerhatian di kawasan Pekan Ketereh ini sahaja. Boleh dikatakan ekonomi masyarakat di sini, 60% merupakan peniaga, tanpa mengira saiz perniagaan tersebut. Bayangkan untuk satu jalan kampung sahaja ada lebih dari 3 kedai yang menjual makanan berkonsep nasi berlauk.

Apabila PKP dilaksanakan, sememangnya, margin keuntungan berniaga sedikit menurun namun bagi perniagaan yang kukuh. Pasti tidak terkesan, cuma peniaga kecil-kecilan yang akan sedikit terasa kesannya tambahan pula waktu perniagaan setakat pukul 8 malam sahaja. Di kawasan Pekan Ketereh, aktiviti perniagaan makanannya sangat meriah pada waktu malam. Oleh itu, had masa yang ditetapkan sangat merubah segalanya walaupun hanya untuk tempoh 14 hari sahaja.


Walaupun ramai yang patuh, masih ada yang berdegil, malah ada yang telah di kompaun kerana kesalahan melanggar SOP yang ditetapkan. Namun kesannya masih belum mencapai apa yang dikehendaki, Pekan Ketereh terus mencatatkan pertambahan bilangan pesakit pandemik setiap hari. Sekiranya SOP benar-benar dipratikan seharusnya ia berkurangan, bukan sebaliknya.

Berbalik pada sudut pandangan ekonomi, aku bimbang akibat desakan kewangan kesan dari PKP 2.0, masyarakat akan memulakan aktiviti tidak bermoral seperti berjudi. Ia bakal memberi kesan lebih kritikal kepada masyarakat.

Apa yang aku faham, semua aktiviti ekonomi adalah terbatas maka pendapatan turut terjejas, pak cik aku sendiri jika sebelum ini, mampu mendapat pulangan sekitar RM50 - RM100 sehari melalui kedai kopi kecilnya, kini tiada langsung hasil yang diperolehi.

Rakyat mengetahui bahawa boleh dikatakan amat sukar ingin kita temui pemimpin yang hidup sesusah rakyat ketika ini, persoalan timbul di fikiran adakah mereka benar-benar merasai keperitan rakyat ketika ini?. Ditimpa bencana banjir, seterusnya dikenakan PKP, pada waktu sama memerlukan wang demi bangkit kembali.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

Mengapa Pegawai Penerangan?