Posts

Showing posts from January, 2019

KISAH IBU MUDA

Saat paling bermakna dan berharga bagi setiap pasangan yang berkahwin ialah menyambut kelahiran anak mereka, cuma sedikit berbeza hanya ketika kelahiran anak yang pertama. Anak merupakan anugerah yang nilainya tiada ganti, bukan semua pasangan di Anugerahkan memiliki zuriat dari benih mereka sendiri. Kisah kali ini bukan tentang aku, ia adalah kisah ringkas bagaimana perjalanan seorang isteri, seorang suami untuk bergelar ibu & ayah. Pengalaman yang semua pasangan akan merasai cuma berbeza perbezaan persiapan untuk mengharunginya. Saudara aku sendiri bakal melahirkan zuriatnya yang pertama, saudara yang dari kecil aku menjadi pengasuh, kini meningkat dewasa dan sampai waktu melahirkan pewaris legasi keluarganya. Sepanjang proses mengandung, apa yang aku lihat tiada sebarang masalah kritikal yang aku lihat, mereka tempuhi. Kata orang ketika hampir sampai waktu untuk bersalin, si ibu akan merasainya dengan denyutan kesakitan yang melampau, begitu juga dengan saudara ku ini, cu

Pendidikan Seks

Akhbar tempatan melaporkan bahawa wujud cadangan dari pihak tertentu untuk memperkenalkan subjek baru di sekolah iaitu subjek pendidikan seks kepada para pelajar. Cadangan ini wujud disebabkan banyak faktor yang mempengaruhi dan salah satunya ialah kadar kelahiran anak luar nikah di kalangan pelajar menunjukan pola peningkatan dalam tempat 10 tahun. Bagi aku, cadangan sebegini masih boleh diperhalusikan lagi agar semua sudut penilaian diambil kira. Aku faham bahawa matlamat cadangan ini secara dasarnya untuk memberi pengetahuan atau kesedaran buat para pelajar agar tidak terlibat atau terpengaruh dengan amalan seks bebas. Diharapkan sebelum pendidikan seks benar-benar dilaksanakan, pandangan dari Tokoh-tokoh Akademik, Pakar Perubatan dan Ahli Agama telah diambil kira . Dengan itu, satu modul yang lengkap dapat dihasilkan tanpa sebarang kekurangan yang maksimun, kerana semestinya cadangan yang dikemukakan mempunyai pelbagai implikasi.  Sistem pendidikan kita secara umum sedikit istime