Posts

Showing posts from July, 2020

AIDILADHA 2020

Apabila pihak kerajaan membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, maka terjadi peningkatan jumlah kenderaan di beberapa buah negeri terutama bagi negeri Kelantan. Walaupun berdasarkan data kemasukan kenderaan ke Kelantan pada tahun-tahun sebelum ini, jumlah kemasukan pada tahun ini agak berkurangan tetapi masih mengundang risiko penularan pada pendapat peribadi aku. Malaysia kini berada dalam fasa pemulihan apabila segala aktiviti ekonomi dihentikan selama hampir 4 bulan termasuk sesi persekolahan bermula Mac hingga Jun. Namun disebabkan berlaku situasi "ambil mudah" oleh rakyat Malaysia sendiri terhadap SOP yang sangat ditekankan oleh KKM & MKN. Maka ketika ini, keadaan pandemik COVid19 bagaikan wujud permulaan Gelombang ke-3 penularan. Dari sudut pandangan aku, di antara faktor yang mempengaruhi penularan COVid19 ialah sikap rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara, tidak mematuhi arahan KUARINTIN 14 hari yang ditetapkan.

RISIKO WUJUD KLUSTER BARU

Aku melakukan rutin yang sama seperti hari-hari sebelumnya iaitu mencari makanan untuk sarapan pagi. Kebiasaan pukul 7.30 pagi, sudah ramai pelanggan yang berada di kawasan pasar yang berdekatan. Menjadi kebiasaan buat warga di sini untuk datang awal bagi membeli keperluan terutama keperluan sayuran atau ikan kerana ketika ini kebanyakan produk tersebut masih segar. Apabila sampai di gerai yang menjual pelbagai jenis kuih-muih, terlalu jelas di depan mata iaitu tiada pematuhan SOP yang ditekankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau Majlis Keselamatan Negara berkaitan dengan Pandemik COVID19. Ramai pembeli sedang sibuk memilih kuih-muih pilihan masing-masing tanpa menjaga jarak di antara satu sama lain, waktu yang sama tidak memakai facemask. Keadaan ketika ini jauh berbeza ketika PKP mula-mula diperkenalkan, pada waktu itu, ramai berasa takut apabila berada di kawasan luar rumah. Facemask boleh dikatakan dipakai sepanjang masa termasuk ketika berada di dalam kenderaan. Bahkan, aku

SIFAT SEORANG MANUSIA

KISAH KEHIDUPAN MANUSIA ADA BERIBU CERITA Hakikat sebuah kehidupan sememangnya mempunyai beribu jalan cerita yang membuatkan perjalanan singkat ini, mempunyai pelbagai rasa untuk dikongsi bersama. Namun paling mendukacitakan apabila ada suara-suara yang lagak seperti juri tanpa melihat diri sendiri. Aku ingin berceloteh tentang masyarakat kita yang sentiasa cuba menjadi juri dalam kehidupan orang lain, seolah-olah kehidupan diri sendiri telah sempurna tiada cacat cela. Bermula dari hidup seorang diri, apabila terlalu lama, mula ada suara luar berbunyi mengapa belum berkahwin lagi, bahkan lebih mendukacitakan ditambah rencah pelbagai bentuk fitnah yang sangat memalukan. Aku amat yakin, ramai yang terkena keadaan sebegini, jika lewat kahwin, pasti ada mengata seperti kuat memilih, pemalas dan macam-macam lagi. Apabila dah berkahwin, di persoalkan mengapa belum ada zuriat lagi, sedangkan kita tahu, bahawa selaku manusia yang lemah, kita hanya mampu berusaha namun segalanya di atas ketentu

Pemakaian Penutup Muka

Bermula 1 Ogos 2020, rakyat Malaysia kini diwajibkan untuk memakai penutup  muka / facemask ketika berada di kawasan tumpuan orang-ramai termasuk ketika berada dalam kenderaan awam. Bagi pendapat aku, tindakan yang di ambil adalah sangat wajar kerana melihat situasi semasa, wujudnya beberapa kluster baru di seluruh Malaysia.  Ia seperti memberi gambaran atau bayangan bahawa telah berlaku penularan baru merujuk pandemik COVid19. Sekiranya rakyat Malaysia, gagal mematuhi arahan pemakaian topeng muka di kawasan yang dinyatakan, mereka boleh dikenakan penalti atau penjara berdasarkan kesalahan yang dilakukan. Hakikat yang harus diambil perhatian, jika rakyat Malaysia secara keseluruhan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM atau MKN , pasti pihak kerajaan tidak akan mengambil tindakan mewajibkan pemakaian penutup muka. Cukup untuk aku merujuk keadaan terkini di kawasan sekitar kediaman ketika ini, tiada lagi pemakaian penutup muka di kawasan tumpuan ramai seperti pasar. Tiada lagi penjar

Pasar Mula Beroperasi

Khamis ini, pihak PBT kawasan Parlimen Ketereh telah membenarkan para peniaga setempat iaitu merujuk peniaga pasar tani / malam beroperasi kembali. Setelah lebih 3 bulan, terpaksa dihentikan akibat penularan pandemik COVid19. Adakah penduduk setempat bersedia atau akan mematuhi SOP yang ditetapkan?. Ketika ini, sejujurnya aku melihat masyarakat setempat mula tidak ambil serius dalam mematuhi SOP sepanjang PKPP dilaksanakan. Setiap kali aku ke pasar untuk mencari makanan  buat ma & aku breakfast, pasti jelas terlihat ketidak patuhan masyarakat setempat terhadap SOP yang ditetapkan, tiada penjarakan sosial, tiada pemakaian topik muka. Benar, ketika ini status semasa banyak negeri telah berjaya mengurangkan bilangan pesakit yang positif kepada nilai angka satu digit sahaja, namun itu bukan bererti kita boleh mengambil langkah tidak ambil pusing terhadap keadaan semasa. Mereka tahu tetapi ingkar, itu gambaran yang jelas apabila setiap petang aku membuat pemerhatian terhadap warga emas

Pusat Kuarintin

Berdasarkan data-data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, aku melihat wujud pola peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang positif dijangkiti oleh COVid19.  Keadaan semasa ini, semestinya menimbul kegusaran ramai pihak termasuk pemimpin negara. Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia kini berada di dalam fasa Pemulihan terutama dari segi ekonomi negara.  Maka beberapa perkara yang sebelum ini diketatkan, kembali diberi kelonggaran termasuk rakyat atau warga asing yang baru sampai di Malaysia harus menjalani Kuarintin di rumah. Namun, bagaikan ada yang tidak kena apabila tular beberapa buah gambar yang menunjukkan ketidak patuhan oleh pemakai  waistband (setiap rakyat Malaysia yang baru pulang harus memakai waistband).  Salah satu gambar yang tular ialah seorang wanita yang sedang menjamu selera. Kemudian tular gambar waistband yang dipotong oleh pemakai, dijumpai oleh orang-ramai di kawasan KLIA, kemudian seorang lelaki yang jelas sedang memakai waistband dengan ber

VANDALISME

MURAL DI NODAI Bagi tujuan memberi penghargaan atas kejayaan negara menangani isu pandemik COVid19, beberapa seniman muda telah menghasilkan mural wajah pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, bertempat di Taman Cahaya, Seksyen U12,Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Mural tersebut telah menarik perhatian ramai pihak termasuk para pemimpin untuk melihat sendiri seni Mural terbabit, kalau boleh aku katakan, mural tersebut telah menjadi tempat ikonik pada bandaraya Shah Alam. Media arus perdana sentiasa memberi laporan berkenaan kewujudan Mural tersebut. Namun, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Ketika rakyat Malaysia tidak putus-putus berkunjung ke lokasi mural tersebut, kita dikejutkan dengan kejadian VANDALISME yang sangat memalukan negara. Contengan tulisan tangan dengan kata-kata yang tidak sepatutnya terpampang di mural terbabit. Semua pihak terkejut dengan kejadian yang berlaku, ketika seluruh dunia memuji, rupanya ada yang sakit hati dengan apa ya

Secret Food Store

The story this time, relates to a secret location to eat according to public sector working hours. When I started working in Putrajaya in early 2012, I was introduced by co-workers, the location of the hidden eatery and the delicious taste of the food. The name of the eatery itself gives an idea of the secret location of the eatery The most interesting thing about the stall is the location near the outskirts of Putrajaya, in the village area. Even at first, it seemed like they didn't believe in the existence of stalls in the area. Ketika itu, land mark untuk ke warung bunian adalah gelanggang futsal, pelanggan harus melalui jalan bersebelahan gelanggang, terus masuk dalam, kawasan kampung, jarak dari gelanggang ke warung dalam anggaran 200 - 300 meter. Kemudian pelanggan akan nampak warung di sebelah kiri. Mungkin disebabkan lokasi yang agak tersembunyi, maka ia dipanggil warung bunian (sangkaan aku semata-mata). Menu yang menjadi kegemaran adalah nasi lemak telur bungkus iaitu nas

PEMIMPIN SEORANG KAWAN

BUKAN KAWAN BAIK LAGI Setiap dari kita, semestinya mempunyai kenalan atau kawan yang dikenali di peringkat sekolah, bersama hingga mencapai umur dewasa. Namun ada waktunya kawan yang kita sangkakan sangat mengenali mampu berubah sekelip mata apabila mendapat kuasa impian semua. Arwah pak cik aku, dikatakan merupakan sahabat baik bagi seorang pemimpin iaitu ADUN kawasan Kok Lanas, alhamdulillah, ramai bercerita bahawa YB tersebut sering mengambil kisah ahli keluarga sahabat yang telah lama meninggal dunia. Bagaimanapula agaknya apabila seseorang yang pernah menjadi kawan baik tiba-tiba berubah laku apabila menjadi seorang pemimpin negara. Aku tidak pasti kebenarannya, namun begitu kisah yang didengari sehingga gembira hati seorang kawan berubah rasa apabila keadaan semakin berubah. Jika diselusuri kisah pemimpin dunia politik, ia penuh dengan kepuraan bagi aku,  sebelum dipilih, bicara akan taat setia tidak berubah hati, kemudian bila terpilih, sanggup menikam orang yang menaikkan marta

Sumber Alam Berbayar

Mungkin perkara yang ingin aku coretkan bukan perkara yang penting namun jika difikirkan secara mendalam, tidak mustahil ia menjadi sangat penting pada satu masa nanti.  Ia berkenaan dengan air dan udara, elemen yang berada sekeliling kita dan percuma untuk kita nikmati namun adakah kita sedar bahawa keadaan mula berubah apabila berlaku kemajuan dalam ketamadunan kita. Jika zaman dahulu, air kita perolehi melalui cara tradisional iaitu air dari sungai atau telaga yang digali pada kawasan dan kedalaman yang tertentu. Namun kini, kita harus membayar untuk mendapatkan air yang disalurkan kepada kediaman. Bayaran yang dikenakan adalah untuk kos rawatan air dan penyaluran air tersebut dari loji ke kediaman kita, adakah air itu selamat di minum?. Tiada jaminan khusus dapat diberikan terutama jika air itu melalui pepaipan di Kelantan. Maka untuk meminum air yang diperlukan oleh tubuh kita, maka harus membayar lagi iaitu pada mesin penapis air yang kini begitu banyak pilihan, hanya tinggal pil

Exam SPA Tahun 2020

Hari ini keputusan bagi peperiksaan memasuki perkhidmatan awam telah diketahui, bagaikan telah diduga, aku gagal sekali lagi dan mungkin kali terakhir aku menduduki peperiksaan ini memandangkan usia kini memasuki 37 tahun. Bohong jika aku tidak kecewa memandangkan menjadi impian aku sejak dari dahulu lagi untuk menjadi penjawat awam, namun ketentuan Allah SWT bahawa apa yang kita inginkan belum tentu kita dapat. Jika sebelum ini, aku kerap gagal dalam temuduga kali ini aku gagal dalam peperiksaan pula, adakah aku dilahirkan menjadi manusia gagal?. Mereka yang sebaya dengan aku, kini meniti kehidupan yang penuh bermakna mempunyai isteri dan anak-anak yang tersayang. Manakala aku pula masih lagi terkial-kial mencari haluan hidup ini, entah sampai atau tidak usia aku pada angka 60, mungkin esok atau lusa, kembali dengan penuh dosa dan noda.  Peperiksaan kali ini, sejujurnya sangat sukar walaupun hanya 20 soalan matematik dan 20 soalan english. Sangat sedih penjalanan ini, aku bukan ingin

Primary School

Image
When I was in grade 6, it became an obligation for every student to sit for the main exam called the UPSR exam. I went to Sekolah Rendah Kebangsaan Ketereh from 1990 to 1995. This exam will be a ticket for students to choose the next direction when entering the high school level. I was in the 3rd grade of the 4 existing classes at that time. the students are divided according to intelligence, the division is determined by the position of the occupied class. A system that I think has been implemented all over the world for so long not just in Malaysia. At that time, there was a big difference between smart and unskilled students. It includes the way of service from the teachers themselves at that time. It causes students in the 3/4 class who have the passion to learn, to work on their own without the help of a teacher. In contrast to the students in class 1/2 who are always given attention by the school including the teachers. I personally felt at that time, for us 3rd / 4th grade stu

Kesan Pandemik Hilang Pekerjaan

Dunia ketika ini masih di selubungi masalah penularan Pandemik Covid19, ada negara semakin pulih, ada masih sama dan ada yang semakin teruk keadaannya.  Alhamdulillah, negara Malaysia termasuk dalam kategori negara yang semakin pulih dari penularan pandemik terbabit. Walaubagaimanapun, dari sudut ekonomi, Malaysia turut terjejas seperti mana negara lain sehinggakan kadar pengangguran dilihat semakin meningkat walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan termasuk bantuan subsidi upah. Dikatakan, ketika ini data-data menunjukan negara sedang menuju ke arah 1 juta pengangguran melibatkan rakyat Malaysia, semestinya keadaan ini sangat membimbangkan maka tidak perlu prejudis apabila kerajaan mengalami langkah pemutihan kelompok PATI yang boleh dikatakan menguasai ekonomi Malaysia secara tidak langsung. Semestinya pengangguran yang berlaku adalah dari sektor swasta, MCO yang dilaksanakan selama lebih dari 3 bulan, sedikit sebanyak menjejaskan operasi  syarikat kerana tiada keberhasi

Persidangan Belia Digital

Satu lagi platform yang dikatakan ingin membawa suara belia ke peringkat tertinggi negara diwujudkan.  Berkonsepkan Sidang Parlimen tetapi persidangan melalui alam maya 100%. Paling menarik perhatian aku ialah tulang belakang pelaksanaan platform baru ini, boleh dikatakan hampir sepenuhnya dilaksanakan oleh NGO tanpa sokong dari pihak kerajaan. Seramai 222 ahli Parlimen Maya telah dipilih berdasarkan had umur tertentu, bagi kawasan Parlimen Ketereh, diwakili oleh Ahli Parlimen Maya lelaki yang tidak begitu dikenali atau aku pernah terjumpa di kawasan Pekan Ketereh. Hanya beberapa persoalan bermain difikiran aku tentang platform baru ini terutama dari segi sistem yang digunakan bermula dari pendaftaran sehingga kepada persidangan pertama kerana hakikat bukan mudah untuk melaksanakan suatu sistem yang terperinci. Apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah sebagai contoh sebelum Parlimen Belia Bersidang, pelbagai urusan teknikal harus dikemaskini, terutama dari segi auditor sistem. Hal ini

SIDANG BERMULA

Hari ini secara rasminya Persidangan Dewan Rakyat bermula, semestinya berlaku sekali lagi perubahan kedudukan ahli Parlimen di Dewan Rakyat.  Paling yang menarik perhatian adalah DSAI kini telah dilantik menjadi Ketua Pembangkang manakala Tun M berada dalam blok bebas. DSAI merupakan seorang yang bijak dalam pidato, pada pendapat aku ia menjadikan Persidangan kali ini menarik sama sekali terutama ketika pelbagai isu atau usul yang bakal dibentangkan termasuk usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri iaitu TSMY. Suasana Dewan Rakyat untuk hari ini, dilaporkan suasana awal-awal lagi telah tegang apabila usul yang diutarakan adalah penukaran Speaker Dewan Rakyat yang mana undian belah bahagi dilakukan bagi memastikan adakah usul itu diterima atau ditolak oleh ahli Parlimen.  Hanya beza 2 undi sahaja, maka dengan ini, speaker sedia ada harus mengosongkan kerusi dan di isi dengan speaker baru termasuk timbalan speaker.  Baru hari pertama persidangan, baru usul pertama, bagi aku, keadaan i

Friend

Every human being cannot afford to live alone, so human beings definitely want to live in a community or society. Human life definitely starts from the family then continues to evolve based on time and situation. Interaction through communication will ensure that normal human life is on the right track. The life we have a certain phase, starting from within the womb, then being born then growing up and then coming out of it to build a personality through the surrounding society. It was then that we began to get to know other individuals known as friends. The history of human civilization has proved that not everyone can accept us as friends. Each of us has weaknesses and not all of us are able to accept the weaknesses of others because human nature wants perfection including having a friend. I am not sure if we are all aware or not, that friends have a stronger influence on someone than their own parents. Therefore, to determine who we are in the future, then determine who will be our

SOLAT JUMAAT NORMA BARU

Sikap Jemaah Ketika Menunaikan Solat Jumaat Alhamdulillah, hari ini aku mempunyai kesempatan waktu untuk menunaikan Solat Fardu Jumaat, seawal sejam sebelum masuk waktu Zohor, aku telah sampai di Masjid. Seperti biasa, harus mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi seluruh Masjid iaitu saringan suhu badan dengan mencatatkan kehadiran di buku yang telah disediakan. Tidak ketinggalan juga mengemaskini data di mysejahtera . Apabila semakin hampir waktu zohor, semakin ramai jemaah sampai, ruangan kosong pada awalnya kini dipenuhi hampir sepenuhnya dengan penjarakan sosial masih dipraktikan iaitu jarak satu 1 meter di bahagian kiri dan kanan, serta depan dan belakang. Aku rasa semua umat Islam terutama kawasan berdekatan dengan Masjid, sudah mengetahui tentang SOP penjarakan di antara Jemaah, AJK Masjid telah membuat tanda untuk diikuti oleh Jemaah yang hadir. Walaubagaimanapun selagi bernama manusia, sikap untuk tidak mematuhi itu tetap ada, seharusnya jika tiada tanda

Laporan Berita Asing

Sebuah Agensi Berita Antarabangsa telah menyiarkan laporan berkenaan cara pengurusan pihak berkuasa Malaysia terhadap tahan PATI ketika pelaksanaan PKP. Sesungguhnya laporan terbabit telah mencalar kredibiliti pihak berkuasa kerajaan Malaysia yang hakikatnya laporan tersebut tidak benar sama sekali. Aku secara peribadi tertanya-tanya apakah motif sebenar di atas laporan yang disediakan oleh Agensi berita terbabit yang terang lagi bersuluh sangat berat sebelah. Sesungguhnya ia sangat melanggar etika kewartawanan yang seharusnya mendapatkan respon dari kedua belah pihak yang terkait iaitu merujuk PATI dan Pihak berkuasa kerajaan. Laporan terbabit muncul ketika Malaysia berada dalam fasa pemulihan yang agak baik dengan jumlah bilangan kes positif pada nilai satu digit berbanding dengan negara-negara jiran yang lain yang masih bertarung dalam menghentikan penularan pandemik COVid19. Bahkan negara Amerika Syarikat dilaporkan masih lagi berada dalam kelompok penularan yang aktif dengan jumla

TRANSGENDER

KELIRU PADA HAKIKAT NYATA Hakikat sebuah kelahiran manusia, hanya wujud 2 keadaan iaitu lahir sebagai seorang lelaki atau perempuan. Masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri serta saling melengkapi di antara satu sama yang lain. Bagaimanapun, timbul pula fitrah ke tiga dalam hakikat yang dinyatakan iaitu transgender merujuk pertukaran jantina dari yang asal. Kelompok transgender telah lama wujud dari catatan sejarah, sebelum ini kebanyakan mereka tidak terlalu menonjolkan siapa diri mereka yang sebenarnya. Kini segalanya berubah apabila mereka dengan bangga memberitahu masyarakat dan dunia bahawa mereka adalah transgender. Dari sudut manusia, benar menjadi hak masing-masing untuk jadi apa yang diingini, apabila berbalik kepada Agama, aku amat percaya semua agama tidak pernah menyarankan penganutnya menjadi seorang Transgender, ia sangat jelas cuba melawan apa yang tuhan takdirkan buat mereka. Kelompok transgender ini wujud diseluruh dunia, malah aku berani mengataka

MONOLOG

Aku bukan seorang yang tidak bersyukur dengan apa yang dikecapi, namun aku selaku manusia biasa, mempunyai pelbagai rasa dan keinginan yang mahu dipenuhi walaupun keadaan diri membuatkan sesuatu yang dihajati tidak mampu diperolehi walaupun berusaha sehinggakan korbankan diri sendiri. Aku sentiasa mengatakan pada diri sendiri bahawa takdir yang menetapkan aku untuk berada di sini. menjalani rutin yang agar membosankan sebenarnya bagi aku sendiri. Bukan bosan berbakti kepada ma, tetapi bosan dengan sekeliling. Tambahan pula keadaan kesihatan aku yang tidak menentu membuatkan tiada pilihan lain kecuali redha dengan apa yang telah ditakdirkan sehingga kini. Jujur aku rindu sesuatu yang lama tinggalkan. Aku rindu dengan suasana seperti Putrajaya, dikeliling dengan mereka yang berlumba-lumba memajukan diri dengan cara yang betul iaitu bekerja bukan dengan mencuba nasib bermain nombor ekor. Aku tengok tukang pengutip nombor dan wang taruhan tetap ada di kedai kopi pak cik. Aku sentiasa melih

Warisan

Warisan Sebuah Perniagaan Kecil Namun Besar Namanya Warisan mampu merujuk kepada banyak perkara, bergantung kepada definisi warisan itu sendiri. Aku cuba berkongsi kisah warisan dari sudut perniagaan yang cukup sebati dalam masyarakat setempat. 'Nasi Kak Wok' merupakan salah satu jenama perniagaan yang kini menjadi warisan yang aku rasakan semakin berkembang, jenama 'Nasi Kak Wok' sepertinya menjadi ikonik brand bagi negeri Kelantan. Begitu juga warisan yang begitu popular di kawasan kedai Ketereh ini ialah 'Nasi Jenab'. Bagi anak jati Ketereh atau Pekan Ketereh, semestinya akan mengenali jenama 'Nasi Jenab'. Pok su aku sendiri, jika balik ke Kelantan, harus kena makan 'Nasi Jenab' baru rasa lengkap kepulangannya ke kampung.  Jika tidak salah aku, warisan jenama 'Nasi Jenab' kini memasuki generasi ke-3. Mungkin ada sedikit perbezaan dari segi rasa namun disebabkan jenama warisan itu yang dibawa. Orang akan menikmati tan

AIDILADHA

Konsep Ketika PKPP In sha Allah, hujung bulan ini, seluruh Umat Islam di Malaysia dan dunia akan menyambut perayaan Aidiladha atau Raya Korban. Cuma harus kita semua ingat bahawa perayaan disambut dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Cuma pada perayaan kali ini, pihak kerajaan membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri dalam meraikan berbanding ketika sambutan hari raya Aidilfitri yang lepas. Keadaan ini, dijangkakan akan meningkatkan jumlah traffic menuju ke semua arah, terutama ke kawasan pantai timur, aku menjangkakan bilangan kenderaan menuju ke negeri-negeri pantai timur meningkat dalam kuantiti yang luar jangkaan. Apabila bilangan kenderaan bertambah maka kesesakan pasti berlaku, maka bagi mereka yang ingin pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidiladha perlu membuat perancangan dengan terperinci kerana dibimbang terjadi sesuatu yang tidak diingin ketika orang tersayang menunggu di kampung. Jangan lupa untuk mengamalkan SOP yang telah ditetap

Berjuang atau Kaya?

MENYERTAI PARTI POLITIK, ATAS NAMA BERJUANG ATAU MENGEJAR PANGKAT & KUASA? Bulan Julai tahun 2020 dibuka dengan Pilihan Raya Kecil Dun Chini, menyaksikan pertandingan beberapa penjuru, cuma yang menariknya ialah 2 calon bebas yang bertanding merupakan ahli Parti Bersatu Malaysia dan  seorang lagi merupakan ahli PKR. Manakala wakil dari Permuafakatan Nasional pula dari parti BN, calon dari kelompok orang muda. Walaupun jika melihat senarai calon yang sah bertanding, kelebihan berpihak pada calon dari BN, namun itu bukan persoalan yang ingin aku perkatakan. Mengapa menyertai dunia politik?. Persoalan yang dari kecil lagi bermain di minda aku, mengapa?, abah seorang penyokong tegar politik, sanggup berhabis segalanya demi politik, bahkan walaupun dalam keadaan tidak sihat sekali, masih sanggup gagahkan diri demi politik. Adakah semua orang yang menyertai politik, sama seperti abah aku?, atau menyertai dunia politik hanya untuk mengumpul kekayaan?. Mengapa aku bertafsiran sedemikian?,